WAKE UP CALL 1
TUAN FAHEM IZZUDDIN melangkah ke lobi Hotel JW Marriot bersama seorang wanita genit, Fiona. Beberapa orang bodyguardnya di belakang mengikut langkahnya. Tiba di tingkat 10,mereka keluar dari lif. Tiba di bilik yang ditempah, Fahem membuka pintu guna kad dan seorang bodyguardnya sempat meletakkan tag ‘Don’t Disturb’.
“Sayang suka tak?” soal Fahem kepada Fiona sambil mengurut lembut rambut wanita itu. Wanita itu mengangguk laju. Dapat berdua begini dengan orang kaya, memang itu kemahuannya.
Dua orang bodyguardnya berjaga di pintu masuk. Dua orang lagi di kiri kanan tv. Empat orang lagi mengawal empat penjuru katil. Dan lagi dua orang menjaga di pintu bilik bandi.
Tuan Fahem Izzuddin bin Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Sebuah nama yang cukup digeruni di kalangan mafia dan kongsi gelap. Sebut saja ‘Mr. Silent’, semua kenal. Dia tak suka bercakap banyak. Sekali dia mengeluarkan arahan, semua mesti patuh tanpa membantah.
Perlahan-lahan, tangan di rambut turun ke bahagian pinggang. Pelukan yang mulanya lembut, bertukar menjadi berahi. Fahem mula ganas mencumbui Fiona yang bertubuh kecil. Tanpa menunggu suku saat, Fahem pantas menanggalkan baju Fiona sehinggalah wanita itu hanya berpakaian dalam. Ditariknya selimut dan mereka berselubung di dalam selimut. Bodyguardnya faham. Mereka selalu melalui situasi begitu. Siapa yang paling dekat dengan suis akan menutup lampu.
“Sayang, lepas ni kita shopping.” Pinta Fiona. Dia dilanda keasyikan menerima sentuhan romantik dari Fahem.
“Esok ajelah. Lagipun ni dah malam. I penatlah. Kita datangkan nak bercuti.” Jawab Fahem sambil bibirnya gatal mencium tubuh Fiona dengan keghairahan. Bunyi desahan nafas mereka memenuhi ruang bilik tersebut. Dua jam bertarung, akhirnya mereka kepenatan.
“Buka lampu.” Arah Fahem. Bilik terang semula. Hanya dengan pakaian yang tinggal, Fiona berjalan kearah begnya dan mengambil pyjama nipis. Dia tahu, Fahem suka bila dia memakai pyjama putih susu itu ketika mereka bersama.
Fiona berbaring di sebelah Fahem sambil mencari-cari siaran yang menarik untuk ditonton.
“Kalau macam tu, esok pukul 10, kita pergi Starhill ya sayang?” pinta Fiona. Fahem hanya mengangguk.
TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS
TUAN ZARIFF IZZUDDIN hanya merenung bunga orkid dari tempat duduknya. Sejak daddy dan mummynya bertolak ke Jerman tiga minggu lalu, dia terasa bosan. Adiknya, Tuan Syazwan Afiq Izzuddin yang berusia empat tahun setengah dibawa bersama. Jika tidak, mereka akan selalu menonton kartun dan bermain bersama-sama. Fahem Izzuddin pula sudah ke KL. Dia tahu, abangnya ke sana untuk bercuti bersama teman wanitanya, Fiona. Dia selalu tersasul memanggil Kak Fiano. Bila abangnya dengar, Fahem akan membulatkan biji matanya sambil mengacukan pistol.
“Mak Kiah, mummy cakap bila diorang nak balik?” Tan Sri Ahmad Izzuddin ada berkata kepadanya tapi dia lupa. Mak Kiah tersenyum bila melihat muka murung Zarriff yang berusia 15 tahun itu.
“ 5 haribulan 8 nanti. Kenapa? Zariff bosan ke?” Zariff mengangguk. Jika Fahem ada, bolehlah diajak ke sana sini. Memang abangnya tidak akan membantah tapi dia tidak suka apabila Fahem membawa Fiona.
Fahem tanpa segan-silu dengan sesiapa terus bercumbu dan merayap-rayapkan tangannya di dalam baju Fiona. Jika dua jam perjalanan, maka dua jamlah mereka akan begitu.Dia sendiri tidak tahu kenapa abangnya menjadi begitu. Takkanlah hanya kerana hilang cinta ketika belajar di Mesir, abangnya berubah sejuta peratus?
“Mak Kiah, Pak Razak ada tak?” soalnya.
“Kenapa?” soal mak Kiah. Tangannya ligat membelek-belek bunga orkid.
“Jom kita jalan-jalan kat taman. Zariff bosanlah duduk macam ni, Mak Kiah. Tak ada sesiapa kat rumah. Abang Fahem dah lesap dengan makwe dia. Boleh kan Mak Kiah?” Zariff merenung Mak Kiah. Wanita itu mengangguk tetapi dalam hati, dia ketawa. Kenapa pula Zariff meminta kebenaran darinya sedangkan dia adalah tuan rumah? Mak Kiah hanya pekerja saja.
IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS
SEPANJANG ketiadaan Tan Sri Ahmad Izzuddin, Fahem terpaksa mejadi Pemangku Pengarah Urusan. Nampaknya semua pekerja di situ cekap mengendalikan kerja tanpanya selama tiga hati. Semua di pejabat itu tahu perangainya. Seorang lelaki yang tak suka bercakap banyak, bermuka bengis, dan bila sekali marah, semua perkataan akan dimuntahkan. Dan yang paling utama, dia langsung tak pernah tersenyum dengan mana-mana pekerja apatah lagi pekerja wanita.
“Masuk!” laungnya dari dalam apabila setiausahanya, Mazidah mengetuk pintu. Wanita berusia 27 tahun itu berjalan menuju ke meja Fahem.
“Apa agenda saya hari ni?” soal Fahem. Mukanya tetap serius. Mazidah menunduk seketika. Dia tahu Fahem sedang merenung dadanya yang terdedah.
“Jam 11.00 nanti, Tuan Fahem ada temujanji dengan syarikat kontraktor, Hazamudin Bhd. Di Everly Resort.” Jawab Mazidah.
Fahem merenung lagi wanita itu. “Kenapa awak buat temujanji tanpa tanya pada saya dulu?” tapak tangan Fahem sudah menghentak meja. Habis bertaburan semua dokumen dan kertas-kertas. Isy... macam Hulk Hogen! Fahem merenung lagi wanita itu. Mazidah sudah menundukkan kepala. Sesekali saja terangkat.
Pagi tadi bukan main romantic dia layan aku. Sekarang?! Mazidah hanya mengeluh perlahan. Teringat belaian yang diterima dari Fahem yang penuh keasyikan dan berahi di dalam pejabat lelaki itu.
“Saya tak peduli! Saya nak awak tunda temujanji tu. Pukul 11 saya nak keluar. Saya nak ambil buku rekod adik saya!” tanpa menunggu lama, Mazidah mengangguk dan terus keluar.
11.00 pagi. Fahem sudah berdiri di hadapan meja Mazidah. Mana concubine aku nie? Melilau matanya mencari kelibat wanita seksi itu. Mazidah keluar dari pantry.
“Saya nak keluar!” ucapnya. Mazidah hanya mengangguk. Dia masih terasa dengan sikap Fahem.
Pukul 8 nanti I datang apartmen ok?” pinta Fahem. Dia tahu. Dengan sentuhan dan belaian darinya, Mazidah akan terpujuk. Wanita itu hanya mengangguk.
ZARIFF asyik memandang ke pintu. Mana Abang Fahem ni? Suku daripada pelajar dalam kelasnya sudah pulang mengikut penjaga masing-masing.
Di koridor, seorang lelaki berkemeja putih, bertali leher hitam dan berjaket kulit hitam sedang menuju ke kelas Zariff.
“Mak ai, hensemnya mamat nie.” Fahem mendengar bisikan budak-budak perempuan di situ dan dia dapat merasakan mereka memandang-mandangnya. Kaca mata hitamnya sengaja tak ditanggalkan. Rambut pendeknya yang tercacak sedikit nampak lebih berkilat bila disimbah cahaya matahari. Bila nampak papan tanda ‘3 Bestari’, dia menghentikan langkah.
Fahem duduk di sebuah kerusi. Matanya melilau mencari kelibat Zariff.
“Zariff, kau cuba tengok. Ayah siapa tu? Hensem kan.” Ujar Zafirah, teman wanitanya.
“Mana?” soal Zariff.
“Tu. Nampak tak? Dah macam mafia je aku tengok laki tu!” Mafia? Entah-entah, Abang Fahem. Zariff menarik tangan Zafirah dan menuju ke tempat Fahem.
“Eh kau nak bawak aku pergi mana ni?” timbul resah dalam diri Zafirah.
“Jumpa mafia tu!” Zafirah pantas merentap tangannya. Belum kahwin sudah berani buat begini. Huh!
Zariff tak peduli. Terus ditarik tangan Zafirah mendekati Fahem.
Terkejut Fahem melihat kelakuan adiknya.
“Abang Fahem dah lama sampai?” soal Zariff. Zafirah duduk di sebelahnya, takut-takut.
“Baru sekejap.” Fahem menjeling Zafirah. Cantik! “Siapa ni?” Fahem dapat rasa sesuatu.
“Oh... Zafirah, makwe Zariff.” Zariff perkenalkan mereka. Fahem dan Zafirah bertukar senyuman. Hati Zafirah dilanda tornado.
“Baguslah. Abang tahu, adik abang ni hensem. Sebab tu laku kan?” Fahem tersengih namun dalam hati.
TIDAK! Fahem menjerit dalam hati. Tak mungkin Nur Sumayyah! Fahem merenung lagi guru kelas Zariff. Fahem membuka kaca mata hitamnya. Ditenyeh-tenyeh matanya. Nur Sumayyah sudah meninggal! Dia masih terbayang-bayang lagi bagaimana Nur Sumayyah terkena peluru sesat seorang anggota Mossad. Muka Nur Sumayyah menahan sakit akibat terkena peluru sesat masih memenuhi ruang kepalanya.
“Encik Fahem, encik ok ke?” Nur Syuhadah mengawang-awangkan tangannya. Fahem memandang ke kiri. Zariff yang duduk bertentangan dengan gurunya hanya tersengih.
“Saya minta maaf.” Fahem cuba senyum kepada ustazah 25 tahun itu, namun gagal.
“Err... jadi macam mana dengan adik saya di sekolah?” Nur Syuhadah menarik nafas lega. Disangkakan lelaki itu masih berangan hingga sampai di Laut Mati.
“Prestasi akademiknya memang bagus. Kelakuannya juga baik cuma...”
“Cuma apa?” Fahem menepuk meja. Terangkat bahu Nur Syuhadah.
“Dia suka bertumbuk bila ada pelajar yang tidak puas hati dengannya. Dan tanpa banyak kata, dia suka menampar mana-mana budak laki yang mengganggu makwenya. ” Jawab Nur Syuhadah terketar-ketar. Sambil berbincang mengenai Zariff, otak Nur Syuhadah berhempas pula scuba mengingati di manakah dia pernah berjumpa dengan lelaki itu.
No comments:
Post a Comment