Saturday, August 28, 2010

CSU 10

CINTA SEORANG USTAZ 10

VILLA JANNAH

IS… Is… kau sendiri pun tak betul, nak betulkan orang lain konon! Piraaahh!!! Iskandar tergelak mendengar luahan hatinya. Memang, sebelum ini dia tidak pernah berani memegang mana-mana wanita yang bukan muhrimnya. Kecuali dalam hal kecemasan. Tetapi dia sendiri tak tahu mengapa dengan dirinya. Sejak berkenalan dengan Sandra, dia sudah berani untuk memegang tangan wanita itu, berpeluk sana sini. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mewarisi kesemua perangai itu. Nak kata daddynya? Datuk Alexander tidak suka buat begitu walaupun dia sebenarnya orang barat. Arwah-arwah abangnya? Lapan tahun Iskandar hidup dengan mereka, perangai mereka amat menyenangkannya.
Aku kena berubah! Aku tak boleh macam ni! Aku seorang ustaz! Aku kena jaga maruah aku! Ketika dia syok melayani hatinya sambil menonton CSI NY, Natasha masuk.
“Kau nak apa?” datang malam-malam macam ni, nak kacau si Juan tu tidurlah agaknya! Tekaannya tepat apabila Natasha terus ke toto kecil Juan. Diusap-usap kulit Juan yang kasar. Tangannya beralih pula pada kucing Parsi abangnya, Kelam dan dua ekor anaknya, si jantan – Romeo dan betinanya – Juliet. Macam dah takde nama lain!
“Jangan kacau dialah! Aku hentak kepala kau dengan LCD tu karang!” ugut Iskandar. Natasha hanya memuncung.
“Nama saja ustaz, tapi bukan main… oh lupa. Abang kan, mafia?” Natasha berkata dengan perlahan. Iskandar merenung adiknya. Budak ni nak kena sambah asid ke apa?
“Bila masa abang jadi mafia?” suaranya masih keras. Takkanlah sebab aku berkawan dengan diorang, dia dah panggil aku mafia? Ni semua buat aku nak kerat 100 badan dia ni!
“Ala Abang Is ni, gurau pun tak boleh!” Natasha mencebik. Dijelingnya Iskandar yang kusyuk menonton CSI NY.
“Abang Is, Tasha nak...”

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tani
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ngin berbakti
Saling sayang
Maaf memaafkan

Ringtone Kasih Sayang nyanyian Raihan membuatkan Iskandar cepat-cepat menjawab telefon.
“Waalaikumsalam. Ada apa sayang?” terus lembut nada suaranya. Lembutnya suara!
Tengah hari esok? I tak pasti lagi. Lagipun I ni kerja kerajaan. Bukan swasta. Esok tengah hari I ada kelas. Nanti malamlah, ok?” Iskandar diam sambil mendengar butir bicara Sandra.
“Hal penting apa?” diteliti lagi butir percakapan wanita itu.
“Kalau gitu esok petang kita jumpa. Esok I balik pukul 3. Terus I ambil you nanti.”
Sandra mahu menyambung sedikit lagi namun ditegah Iskandar.
“TAK mungkin Mak Cik tu nak tipu I!” muka Sandra yang serius menyebabkan Iskandar terdiam.
“Tapi bukan salah you. Dah takdir ALLAH nak you hidup di dunia ni. Takkanlah sebab hal ni, you nak jauhkan diri dari...”
“I memang tak layak untuk you! I ni hanya anak...”
“I tak pedulikan semua tu. You nak tahu sesuatu? Sebenarnya, I tak mementingkan taraf you. Kalau you anak orang miskin, jual nasi lemak kat tepi highway ke, I tak kisah. Asalkan hati you...”
“Tak! Macam maan suci pun hati I, you takkan mungkin boleh bersama dengan I! You mesti jijik dengan I! You memang takkan layak dengan I! Memang patut pun daddy you bencikan I! I tak setaraf dengan you! I ni...” iar mata Snadra sudah mula mengalir.
“Stop it! Sandra, jangan begini I...”
“I anak luar nikah! You takkan sanggup untuk hidup dengan I! I rasa lebih baik I bunuh diri! Selamat tinggal Iskandar Zulkarnain bin Datuk Alexander Al-Hafiz!” pantas Sandra bangun dari duduknya. Tanpa dijemput, airmata Iskandar menitis perlahan-lahan. YA ALLAH, kau berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMU ini. Dengan langkah yang longlai dia bangun meninggalkan restoran itu.

..........................................

SMK TAMAN INDAH

“USTAZ, takkanlah saya yang kena? Mana hilangnya makwe ustaz?” soal Laila. Mana mungkin dia sanggup menerima ustaznya sendiri sebagai suaminya kelak? Apa yang mahu diberitahu kepada ibunya? Mahu mengamuk sekampung orang tau tu! Sudahlah tinggal beberapa bulan saja lagi, dia akan mengahdapi SPM. Ada yang tak tenang juga nanti nie!
Iskandar hanya merenung Majalah Solusi yang baru dibelinya tadi. “Dia dah tinggalkan saya. Dia kata, dia tak sesuai lagi untuk diri saya. Dia kata, dirinya kotor. Tak sesuai dengan saya yang bergelar ustaz! Saya tak faham kenapa Laila? Mungkin inilah balasan ALLAH terhadap saya kerana merendahkan maruah diri sendiri!” Iskandar berhenti seketika.
“Merendahkan maruah diri sendiri? Saya tak pahamlah! Cuba ustaz cerita sedikit.” Laila meminta.
Iskandar menarik nafas dengan panjang. “Awak fikir, selama ni, ada ke ustaz yang pergi disko, pergi kelab malam? Ada ke?” Iskandar menyoal Laila.
“Apa pulak takde? Yang ustaz-ustaz JAIM datang kat disko nak buat tangkapan tu, apa?” Iskandar menepuk dahi. Budak ni, ada melayang jugak majalah ni kat muka dia nanti!
“Bukan itu maksud saya! Maksud saya di sini ialah, yang untuk seronok-seronok! Awak faham tak?” Iskandar melepaskan nafas berat. Oh, cakaplah macam tue!
“Tak ada rasanya.” Laila memberi jawapan.
“Mungkin inilah balasan ALLAH terhadap saya kerana merendahkan maruah diri sendiri sebagai ustaz dengan mengunjungi tempat-tempat yang tak sepatutnya.” Iskandar menundukkan kepala. Laila terdiam. Dah tahu diri tu ustaz, siapa suruh pergi ke tempat-tempat macam tu? Buat perhabis airliur aku je menjawabnya. Huh! Laila pergi ke soalan utama.
“Takkanlah ustaz tak boleh nak bincang langsung dengan dia? Ustaz sayangkan dia?” soal Laila. Kenapalah aku bodoh sangat tanya soalan begitu! Iskandar mengangguk.
“Saya sayangkan dia Laila. Sayang sangat-sangat! Dialah cinta hati saya. Saya tahu, tentu akan ada orang yang menganggap saya gila bilamana seorang ustaz sanggup mengambil wanita yang begitu untuk dijadikan isteri. Dia rela berkorban demi saya! Dia tak mahu saya mendapat malu! Dia tak mahu menjejaskan reputasi saya! Itulah apa yang dikatakannya kepada saya. Saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Jadi...” Iskandar memandang Laila seketika. “Awak kena tolong saya sebelum daddy saya mencari orang lain untuk saya!” terkebil-kebil biji mata Laila memandnag Iskandar.

.....................

VILLA JANNAH

ISKANDAR masih berteleku di atas tikar sejadah walaupun jarum pandek hampir ke nombor tiga. Selepas membuat Solat Tahajjud, dia membuat Solat Sunat Taubat pula. Seterusnya, dia membaca surah-surah yang sudah dihafaz selama dia belajar di Maahad Tahfiz.
YA ALLAH, kenapalah kau menjadi begini? Kenapalah aku liar sedangkan aku adalah seorang ustaz? YA ALLAH, kenapalah aku terlalu mengikut hasutan iblis laknatullah? Tangisannya perlahan namun boleh didengari dalam ruang solat musollah itu.
“Nak, walaupun anak seorang ustaz, anak tetap seorang manusia. Anak tetap tidak boleh melarikan diri dari melakukan sebarang kesilapan. Anggap sajalah apa yang terjadi itu sebagai ujian. Dan sebagai manusia yang kerdil, kita kena sentiasa bermuhasabah diri. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu yang melampau.” Teguran dari seorang pakcik berjubah putih dan berketayap mengejutkannya.
Iskandar mengangkat kepala.
“Abah?” Haji Abdullah Fahim mengangguk. Iskandar menenyehkan lagi biji matanya. Mana mungkin?
“Abah, ke...” Haji Abdullah Fahim mengangkat tangan.
“Abah cuma nak kata sesuatu saja dengan Is. Jaga-jagalah dengan semua manusia di muka bumi ini. Walau sebaik manapun dirinya, kita kena sentiasa berwaspada dan sentiasa bersedia. Dan lagi satu abah nak pesan... buat sementara waktu ni, Is jangan keluar malam untuk ke tempat yang bukan-bukan. Ada sesuatu benda yang mahu masuk ke dalam badan Is.” Serentak dengan ucapan itu, Haji Abdullah Fahim meghulurkan tangannya agar disalam Iskandar. Selepas Iskandar mencium tangannya yang putih bersih, Haji Abdullah Fahim mula menapak ke muka pintu. Tiba di pintu, figura lelaki itu terus hilang.
“Abah!” sungguh, Iskandar merindui lelakit tersebut. Semenjak kematian Haji Abdullah Fahim, Iskandar seperti sudah hilang semangat. Semangatnya seperti turut pergi bersama-sama dengan kematian orang tua itu.

Saturday, August 21, 2010

Wake Up Call (WUC) 1

WAKE UP CALL 1
TUAN FAHEM IZZUDDIN melangkah ke lobi Hotel JW Marriot bersama seorang wanita genit, Fiona. Beberapa orang bodyguardnya di belakang mengikut langkahnya. Tiba di tingkat 10,mereka keluar dari lif. Tiba di bilik yang ditempah, Fahem membuka pintu guna kad dan seorang bodyguardnya sempat meletakkan tag ‘Don’t Disturb’.
“Sayang suka tak?” soal Fahem kepada Fiona sambil mengurut lembut rambut wanita itu. Wanita itu mengangguk laju. Dapat berdua begini dengan orang kaya, memang itu kemahuannya.
Dua orang bodyguardnya berjaga di pintu masuk. Dua orang lagi di kiri kanan tv. Empat orang lagi mengawal empat penjuru katil. Dan lagi dua orang menjaga di pintu bilik bandi.
Tuan Fahem Izzuddin bin Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Sebuah nama yang cukup digeruni di kalangan mafia dan kongsi gelap. Sebut saja ‘Mr. Silent’, semua kenal. Dia tak suka bercakap banyak. Sekali dia mengeluarkan arahan, semua mesti patuh tanpa membantah.
Perlahan-lahan, tangan di rambut turun ke bahagian pinggang. Pelukan yang mulanya lembut, bertukar menjadi berahi. Fahem mula ganas mencumbui Fiona yang bertubuh kecil. Tanpa menunggu suku saat, Fahem pantas menanggalkan baju Fiona sehinggalah wanita itu hanya berpakaian dalam. Ditariknya selimut dan mereka berselubung di dalam selimut. Bodyguardnya faham. Mereka selalu melalui situasi begitu. Siapa yang paling dekat dengan suis akan menutup lampu.
“Sayang, lepas ni kita shopping.” Pinta Fiona. Dia dilanda keasyikan menerima sentuhan romantik dari Fahem.
“Esok ajelah. Lagipun ni dah malam. I penatlah. Kita datangkan nak bercuti.” Jawab Fahem sambil bibirnya gatal mencium tubuh Fiona dengan keghairahan. Bunyi desahan nafas mereka memenuhi ruang bilik tersebut. Dua jam bertarung, akhirnya mereka kepenatan.
“Buka lampu.” Arah Fahem. Bilik terang semula. Hanya dengan pakaian yang tinggal, Fiona berjalan kearah begnya dan mengambil pyjama nipis. Dia tahu, Fahem suka bila dia memakai pyjama putih susu itu ketika mereka bersama.
Fiona berbaring di sebelah Fahem sambil mencari-cari siaran yang menarik untuk ditonton.
“Kalau macam tu, esok pukul 10, kita pergi Starhill ya sayang?” pinta Fiona. Fahem hanya mengangguk.

TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

TUAN ZARIFF IZZUDDIN hanya merenung bunga orkid dari tempat duduknya. Sejak daddy dan mummynya bertolak ke Jerman tiga minggu lalu, dia terasa bosan. Adiknya, Tuan Syazwan Afiq Izzuddin yang berusia empat tahun setengah dibawa bersama. Jika tidak, mereka akan selalu menonton kartun dan bermain bersama-sama. Fahem Izzuddin pula sudah ke KL. Dia tahu, abangnya ke sana untuk bercuti bersama teman wanitanya, Fiona. Dia selalu tersasul memanggil Kak Fiano. Bila abangnya dengar, Fahem akan membulatkan biji matanya sambil mengacukan pistol.
“Mak Kiah, mummy cakap bila diorang nak balik?” Tan Sri Ahmad Izzuddin ada berkata kepadanya tapi dia lupa. Mak Kiah tersenyum bila melihat muka murung Zarriff yang berusia 15 tahun itu.
“ 5 haribulan 8 nanti. Kenapa? Zariff bosan ke?” Zariff mengangguk. Jika Fahem ada, bolehlah diajak ke sana sini. Memang abangnya tidak akan membantah tapi dia tidak suka apabila Fahem membawa Fiona.
Fahem tanpa segan-silu dengan sesiapa terus bercumbu dan merayap-rayapkan tangannya di dalam baju Fiona. Jika dua jam perjalanan, maka dua jamlah mereka akan begitu.Dia sendiri tidak tahu kenapa abangnya menjadi begitu. Takkanlah hanya kerana hilang cinta ketika belajar di Mesir, abangnya berubah sejuta peratus?
“Mak Kiah, Pak Razak ada tak?” soalnya.
“Kenapa?” soal mak Kiah. Tangannya ligat membelek-belek bunga orkid.
“Jom kita jalan-jalan kat taman. Zariff bosanlah duduk macam ni, Mak Kiah. Tak ada sesiapa kat rumah. Abang Fahem dah lesap dengan makwe dia. Boleh kan Mak Kiah?” Zariff merenung Mak Kiah. Wanita itu mengangguk tetapi dalam hati, dia ketawa. Kenapa pula Zariff meminta kebenaran darinya sedangkan dia adalah tuan rumah? Mak Kiah hanya pekerja saja.


IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

SEPANJANG ketiadaan Tan Sri Ahmad Izzuddin, Fahem terpaksa mejadi Pemangku Pengarah Urusan. Nampaknya semua pekerja di situ cekap mengendalikan kerja tanpanya selama tiga hati. Semua di pejabat itu tahu perangainya. Seorang lelaki yang tak suka bercakap banyak, bermuka bengis, dan bila sekali marah, semua perkataan akan dimuntahkan. Dan yang paling utama, dia langsung tak pernah tersenyum dengan mana-mana pekerja apatah lagi pekerja wanita.
“Masuk!” laungnya dari dalam apabila setiausahanya, Mazidah mengetuk pintu. Wanita berusia 27 tahun itu berjalan menuju ke meja Fahem.
“Apa agenda saya hari ni?” soal Fahem. Mukanya tetap serius. Mazidah menunduk seketika. Dia tahu Fahem sedang merenung dadanya yang terdedah.
“Jam 11.00 nanti, Tuan Fahem ada temujanji dengan syarikat kontraktor, Hazamudin Bhd. Di Everly Resort.” Jawab Mazidah.
Fahem merenung lagi wanita itu. “Kenapa awak buat temujanji tanpa tanya pada saya dulu?” tapak tangan Fahem sudah menghentak meja. Habis bertaburan semua dokumen dan kertas-kertas. Isy... macam Hulk Hogen! Fahem merenung lagi wanita itu. Mazidah sudah menundukkan kepala. Sesekali saja terangkat.
Pagi tadi bukan main romantic dia layan aku. Sekarang?! Mazidah hanya mengeluh perlahan. Teringat belaian yang diterima dari Fahem yang penuh keasyikan dan berahi di dalam pejabat lelaki itu.
“Saya tak peduli! Saya nak awak tunda temujanji tu. Pukul 11 saya nak keluar. Saya nak ambil buku rekod adik saya!” tanpa menunggu lama, Mazidah mengangguk dan terus keluar.

11.00 pagi. Fahem sudah berdiri di hadapan meja Mazidah. Mana concubine aku nie? Melilau matanya mencari kelibat wanita seksi itu. Mazidah keluar dari pantry.
“Saya nak keluar!” ucapnya. Mazidah hanya mengangguk. Dia masih terasa dengan sikap Fahem.
Pukul 8 nanti I datang apartmen ok?” pinta Fahem. Dia tahu. Dengan sentuhan dan belaian darinya, Mazidah akan terpujuk. Wanita itu hanya mengangguk.

ZARIFF asyik memandang ke pintu. Mana Abang Fahem ni? Suku daripada pelajar dalam kelasnya sudah pulang mengikut penjaga masing-masing.
Di koridor, seorang lelaki berkemeja putih, bertali leher hitam dan berjaket kulit hitam sedang menuju ke kelas Zariff.
“Mak ai, hensemnya mamat nie.” Fahem mendengar bisikan budak-budak perempuan di situ dan dia dapat merasakan mereka memandang-mandangnya. Kaca mata hitamnya sengaja tak ditanggalkan. Rambut pendeknya yang tercacak sedikit nampak lebih berkilat bila disimbah cahaya matahari. Bila nampak papan tanda ‘3 Bestari’, dia menghentikan langkah.
Fahem duduk di sebuah kerusi. Matanya melilau mencari kelibat Zariff.
“Zariff, kau cuba tengok. Ayah siapa tu? Hensem kan.” Ujar Zafirah, teman wanitanya.
“Mana?” soal Zariff.
“Tu. Nampak tak? Dah macam mafia je aku tengok laki tu!” Mafia? Entah-entah, Abang Fahem. Zariff menarik tangan Zafirah dan menuju ke tempat Fahem.
“Eh kau nak bawak aku pergi mana ni?” timbul resah dalam diri Zafirah.
“Jumpa mafia tu!” Zafirah pantas merentap tangannya. Belum kahwin sudah berani buat begini. Huh!
Zariff tak peduli. Terus ditarik tangan Zafirah mendekati Fahem.
Terkejut Fahem melihat kelakuan adiknya.
“Abang Fahem dah lama sampai?” soal Zariff. Zafirah duduk di sebelahnya, takut-takut.
“Baru sekejap.” Fahem menjeling Zafirah. Cantik! “Siapa ni?” Fahem dapat rasa sesuatu.
“Oh... Zafirah, makwe Zariff.” Zariff perkenalkan mereka. Fahem dan Zafirah bertukar senyuman. Hati Zafirah dilanda tornado.
“Baguslah. Abang tahu, adik abang ni hensem. Sebab tu laku kan?” Fahem tersengih namun dalam hati.



TIDAK! Fahem menjerit dalam hati. Tak mungkin Nur Sumayyah! Fahem merenung lagi guru kelas Zariff. Fahem membuka kaca mata hitamnya. Ditenyeh-tenyeh matanya. Nur Sumayyah sudah meninggal! Dia masih terbayang-bayang lagi bagaimana Nur Sumayyah terkena peluru sesat seorang anggota Mossad. Muka Nur Sumayyah menahan sakit akibat terkena peluru sesat masih memenuhi ruang kepalanya.
“Encik Fahem, encik ok ke?” Nur Syuhadah mengawang-awangkan tangannya. Fahem memandang ke kiri. Zariff yang duduk bertentangan dengan gurunya hanya tersengih.
“Saya minta maaf.” Fahem cuba senyum kepada ustazah 25 tahun itu, namun gagal.
“Err... jadi macam mana dengan adik saya di sekolah?” Nur Syuhadah menarik nafas lega. Disangkakan lelaki itu masih berangan hingga sampai di Laut Mati.
“Prestasi akademiknya memang bagus. Kelakuannya juga baik cuma...”
“Cuma apa?” Fahem menepuk meja. Terangkat bahu Nur Syuhadah.
“Dia suka bertumbuk bila ada pelajar yang tidak puas hati dengannya. Dan tanpa banyak kata, dia suka menampar mana-mana budak laki yang mengganggu makwenya. ” Jawab Nur Syuhadah terketar-ketar. Sambil berbincang mengenai Zariff, otak Nur Syuhadah berhempas pula scuba mengingati di manakah dia pernah berjumpa dengan lelaki itu.

Pertemuan Di Jalan Raya?

PERTEMUAN DI JALANRAYA?

MUHAMMAD Ariff Shahril sedang memecut BMW X3 di jalanraya. Alamak, mampus aku! Dahlah lewat bangun! Bibik tak kejut macam biasa! Macam ni caranya nak jadi bos besar? Hmm, takde tauladan langsung! Datang lewat! Pakaian selekeh!

...........................................
8.45 pagi

“Assalamualaikum dan selamat sejah...”
“Sorry papa, I’m late!” Shahril terus saja duduk di sebelah papanya. Tuan Haji Amiruddin hanya menggeleng kepala dengan kerenah anak sulungnya. Dengan tak bagi salam, tetiba aje duduk sebelah aku! Kena kejar zombie apa?

...........................
9.30 pagi
KUKUH BINA CONSTRUCTION HOLDINGS

“Macam ni punya perangai nak jadi bos besar?” tempelak Tuan Haji Amiruddin.
“Nampak gaya kalau macam ni perangai Shah, terpaksalah ayah tunggu lagi 10 tahun, baru boleh berehat kat rumah.” Lelaki berusia 55 tahun itu menyindir anaknya lagi.
“Ayah nie.. tadi panggil cakap nak bincang pasal projek. Nie nak sindir Shah je dari tadi!” Shahril merajuk.
Tuan Haji Amiruddin tergelak macam Pontianak!
“Kau ni laki ke pompuan? Sekali merajuk, muka kau tu lagi teruk dari pompuan, tau!” Shahril membulatkan biji matanya. Dia terus bangun untuk melangkah ke pejabatnya semula tetapi cepat ayahnya memanggil.
“Nak ke mana? Ayah tak habis bincang dengan kamu lagi!”
“Habis tu dah ayah asyik nak hentam Shah aje! Benganglah!” Tuan Haji Amiruddin tergelak lagi. Baru nak mulakan perbualan, ringtone lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian Raihan bergema. Pantas Tuan Haji Amiruddin menjawab. Tak sampai lima minit, talian dimatikan.
“Shah, tolong ambil adik kamu kat sekolah pukul 2 nanti. Ayah ada temujanji dengan kawan lama papa lepas ni. Takut lambat pulak.” Shahril hanya mengangguk patuh.

..........................
2.30 petang
SMK MALIM

“Isyh, mana Pak Karim ni? Dari tadi tak nampak pun! Kau nampak Pak Karim dik?” Tanya Muhammad Ariff Syafiq kepada Maz Adirah Shamsila. Adiknya yang tingkatan 3 itu menggeleng. Bosan berdiri dia duduk pula di bus stop bawah jejantas.
Mata Adirah terus meliar di atas jalanraya. Tiba-tiba...
“Abang Afiq... tengok tu.” Adirah membawa jari telunjuknya ke satu arah. MAS 1676? Apa dia buat kat sini? BMW X3 itu makin dekat.
“Along buat apa kat sini?” Tanya Syafiq.
“Nak ambil kau oranglah. Pak Karim ada hal. Tak dapat ambil. Masuk cepat!” tanpa berlengah, Syafiq duduk di depan manakala Adirah di belakang.

LAGU Leave Out All The Rest nyanyian Linkin Park diputarkan oleh siaran RED.FM. Shahril mengikut sama menyanyikan lagu itu. Sedang syok-syok menyanyi...
“Perh... hawau punya kereta! Main potong-potong aku plak. Dahlah Kancil 660. Ada hati nak potong BMW. Nanti kau.” Dilihat sekilas cermin pandang belakang. Takde kereta langsung kat belakang. Dengan pantas, Shahril beri signal ke kanan dan menekan pedal minyak.
Baru kau tahu siapa aku! Pujinya dalam hati!
“Eh Along! Nak racing pergi ar kat Sepang. Gila apa bawak keta macam ni kat jalan raya. Kalau accident tadi?” Adirah memaki hamun Shahril.
“Eh bengong! Diamlah! Kang aku tak bagi duit belanja lagi, baru kau tahu!

...................................

3.30 petang
EVERLY RESORT

“LAMA tak jumpa kau eh!” Shahril membuat ‘give me a five’ dengan kawan lamanya, Andy Chua.
“Irfan yang suka berbakti tu mana?” mata Shahril meliar mencari rakannya.
“Dia berbakti dalam tempat privasi sekejap. Berbakti untuk diri dia. Membuang segala toksik yang tidak diperlukan.” Santai jawapan Andy. Lima minit kemudian, Irfan muncul dari satu sudut.
Mereka bertiga merupakan sahabat baik sejak dari sekolah menengah hinggalah ketika belajar di UM. Ketiga-tiga mereka memilih bidnag arkitek sebagai kerjaya.
“Kau jangan risau Shah. Kami dah orderkan kau carrot susu dengan spaghetti.” Ujar Andy. Dia sebenarnya senang berkawan dengan Shahril dan Irfan. Malah, mereka sering bertukar-tukar pendapat tentang apa saja termasuk isu-isu agama. Shahril membuat thumbs-up sambil tersengih.

“AKU bengang giler tadi. Ada lah sorang pemandu ni, sikit punya berani nak potong X3 aku!”
“Habis tu? Kau potong dia balik?” soal Irfan setelah menyedut jus epalnya. Shahril mengangguk.
“Yang potong keta kau tu, laki ke pompuan?” Tanya Andy pula.
Shahril menggeleng. “Aku tak perasan. Tapi, aku rasa perempuan”. Andy Chua memandang Shahril dan Irfan silih berganti. “Malam ni jadi tak?” kedua-duanya mengangguk.
“Tapi aku kena balik awal. Aku ada nak lawat tapak projek kat JB esok.” Shahril berterus terang. Irfan memandang Andy dan mencebik.
“Maklumlah Andy, bakal jadi big boss! Mestilah kena selalu turun padang. Kalau tak, nanti pekerja benci.” Irfan memerli. Andy sudah tergelak.
Lahabau punya budak! Shahril menjeling tajam Irfan dan Andy.
“Apa jeling-jeling? Nak mintak jering!?” dengar saja jawapan Irfan, Shahril terus menyekel kepala kawannya.

..................................
9.00 malam
APARTMENT CASA LAGO
JALAN SYED ABDUL AZIZ

“ABANG nak keluar jumpa kawan. Mey tolong tengok-tengokkan ayah ya. Kalau ada apa-apa, talifon abang tau.” Ujar Andy ketika mengenakan jam tangan Casio di tangannya. Sebelum keluar, dia sempat mencium dahi adiknya dan pipi ayahnya.
Mey Chua hanya mengangguk sambil pandangannya menghantar pemergian abangnya. Lepas saja Andy keluar, dia terus mengunci grill. Dia mendekati ayahnya. Dia terus mengambilkan bubur nasi di atas meja untuk menyuap ayahnya.
“Ayah makan sikit ya. Nanti perut ayah masuk angin.” Mey Chua berbual dengan ayahnya. Ayahnya mengangguk. Dia simpati melihat ayahnya, Meng Chua yang diserang angin ahmar tiga tahun lepas.
Meng menunjukkan isyarat mahu minum air pula. Pantas Mey mencapai gelas di atas meja dan menyuakan ke bibir ayahnya. Selesai menguruskan ayahnya, dia masuk ke dalam bilik.
Mey keluar semula sambil membawa buku latihan Matematik Tambahan. Dia duduk di sofa. Sambil menonton tv, boleh menanda buku!

..................................



LEBUHRAYA PLUS
KE JOHOR BAHRU

JESLINA asyik menceceh di sebelah Shahril.
“You cakap, you keluar dengan siapa malam tadi?” sakit hatinya bila dia menelefon Shahril hampir 50 kali tapi tetap tak berjawab!
“You ingat I keluar dengan perempuan ke? I keluar dengan kawan-kawan I lah. Tengok bola.” Dia paling menyampah kalau orang kacaunya ketika dia sedang tengok bola. Dapat pulak kalau Jeslina talifon. Kalau boleh, nak berbual sampai subuh!
Jeslina mencebik. “Tengok bola ke tengok pelayan kat warung tu? You punya cakap nak tengok bola, macamlah kat rumah you takde tv!”
Shahril mendengus. “Suka hati I lah nak tengok bola dengan kekawan. Kitaorang kan penyokong kuat Brazil!”
Walaupun Brazil seri dengan Portugal, namun hatinya tetap senang kerana seri 0-0. Dan Brazil seterusnya menjadi juara kumpulan G. Harap-haraplah team favourite kedunya, Sepanyol menang bila lawan dengan Chile. Kalau Sepanyol kena ‘cili’ dengan Chile, maknanya... Brazil lawan dengan Sepanyol! Aduhhhh!
Malas bergaduh dengan Shahril, Jeslina melelapkan mata. Shahril menjeling ke kiri. Patutlah senyap. Emak singa dah tidur rupanya!

“ADA apa-apa masalah lagi?” soal Shahril kepada Azzudin, penyelia di tapak projek itu.
“Takde Encik Shahril Cuma bekalan simen tiba lewat. Saya dah telefon mereka. Mungkin dalam masa sejam dua lagi, sampailah mereka.” Shahril mengangguk puas hati. Kemudian, dia menelefon ayahnya untuk memberitahu perkembangan projek tersebut.
“Jadi, kalau takde apa-apa, saya rasa saya balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah, just give me a call, ok?” Azzudin mengangguk.

.......................................

VILLA SRI JATI

Tuan Haji Amiruddin mendaratkan pandangannya ke BMW X3 Shahril yang baru masuk. Keluar dari kereta, Shahril dipanggilnya.
“Mari duduk kejap. Ayah dan mak nak cakap kejap.” Puan Hajjah Aminah sedang berlatih berzanji.
“Ada apa ayah?” soal Shahril.
“Esok, kami terpaksa ke Sabah. Datuk kamu sakit kuat.” Jawab Puan Hajjah Aminah. Shahril memandang ibu ayahnya.
“Teruk sangat ke sakit atuk tu, nek?”Tanya Shahril. Dia tahu ibunya kalau boleh, mahu dibawa orang tua sendiri tinggal dengannya. Tapi apakan daya, datuknya tidak mahu. Katanya, mahu menghabiskan penghujung hidup di kampung sendiri. Sudahnya, Puan Hajjah Aminah hanya mengirimkan duit dua ribu sebulan untuk ayahnya serta adik bongsunya yang menjaga orang tua mereka.
Puan Hajjah Aminah mengangguk perlahan.
“Jadi, ayah nak esok, kamu pergi ke sekolah adik kamu. Diorang cakap, esok ada tandatangan buku rekod.” Tuan Haji Amiruddin pula bersuara pula.
“Flight ayah pukul berapa? Boleh Shah hantarkan.” Tuan Haji Amiruddin menggeleng.
“Saja ayah pilih flight awal pagi. Pukul 7. Takut tak sempat. Kau pun tahulah. Kampong ibu kau, juah ke dalam. Kat Kota Belud sana. Soal hantar, nanti Pak KArim yang hantar kami. Kamu jangan risau.” Shahril mengangguk.
“Berapa hari ayah dengan ibu kat sana?” nasib baik dia teringat nak Tanya.
“Mungkin seminggu.” Jawab ibunya. Shahril faham. Tentu ibunya terlalu merindui datuknya. Dia pun sama.

............................................
SMK MALIM
11.00 PAGI

“SILAKAN duduk Encik Shahril.” Mey Chua menjemput Shahril duduk. Shahril duduk di sisi meja yang sudah disediakan kerusi. Syafiq pula duduk bertentangan dengan Mey Chua.
“Berdasarkan rekod ini, Syafiq memang pelajar terbaik. Dan tahniah Syafiq, sebab awak tetap dapat nombor satu dalam kelas.” Syafiq tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.
“Cuma...”
“Cuma apa, cikgu?’ Shahril tak sabar. Akdemik kedua-dua adiknya sudah cukup membanggakannya. Walaupun Adirah mendapat tempat ketiga dari 38 pelajar, namun dia mendapat banyak A.
“Guru disiplin selalu mengadu pada saya yang Syafiq ni suka ganggu pelajar perempuan. Kadang-kadang, senang-senang aje nak mintak couple dengan budak perempuan. Sampai satu tahap tu, saya ternampak ada sorang budak perempuan nangis. Bila ditanya kenapa, dia cakap Syafiq tinggalkan dia. Padahal bukan dia yang cari Syafiq. Tapi, Syafiq yang cari dia.” Syafiq hanya tersengih. Bulat mata Shahril sambil memandang adiknya.
“Cikgu nak tahu mana saya dapat semua ilmu pikat perempuan ni?” tiba-tiba Syafiq bersuara. Mey dan Shahril memandang Syafiq.
“Abang saya yang ajar!” lurus jari telunjuk menuju ke muka Shahril. Pantas Shahril menepis tangan adiknya.
“Cikgu jangan percaya dialah! Bukan boleh pakai langsung cakap dia!” Shahril menafikan. Padahal, apa yang Syafiq cakap, memang betul. Setiap malam sebelum tidur, dia akan mengajar Syafiq cara-cara terkini untuk memikat perempuan.
Mey hanya tersenyum. Mahu dinafikan kata-kata Syafiq, hatinya terasa berat. Lihat sajalah penampilan Shahril. Muka ala-ala Mark Westlife, siapa tak nak? Suara pun dah nak serupa dengan penyanyi itu.


.........................................
JAYA JUSCO
AYER KEROH
8.30 MALAM

“OLEH sebab kau orang berdua bagus dalam akademik, hari ni Along belanja makan. Dan kalau nak apa-apa, cakap dengan Along. Lepas makan kita shopping.” Shahril bersuara sementara menunggu air yang diambil oleh Syafiq. Adirah memandang wanita di sebelah alongnya. Gedik aje. Benci!

SYAFIQ dan Adirah menghentikan langkah di sebuah kedai telefon. Shahril dan Jeslina dibelakang turut berhenti sama.
“Along, Afiq nak handset tu.” Syafiq menunjuk ke arah sebuah telefon Sony Ericsson Xperia x10. Tanpa membuang masa, Shahril meminta pekerja di situ mengambil handset tersebut dan menghulurkan kad kreditnya. Selesai membayar, mereka berjalan lagi. Kali ni, Adirah pula berhenti di sebuah kedai PC. Adirah meminta untuk membeli laptop Sony Vaio dan hard disk 2.0. Tanpa banyak cakap, Shahril terus ke kaunter bayaran dan menyerahkan kad kreditnya.
Keluar dari kedai PC, dia bertanya kepada Jeslina. “Ýou nak apa, sayang? I belanja.” Soal Shahril sambil lengan mereka bertaut kemas.
“Abang Afiq, meluat Adirah tengok makwe Along. Gediks semacam je.” Adirah berbisik dengan Syafiq.
“Jangan cakap macam tu, dik. Nanti Along tarik balik barang-barang yang kita mintak, macam mana?” Adirah sekadar menjongketkan bahu.
Mereka turun bawah dan ke bahagian baju berjenama Scarlet. Seterusnya, mereka ke bahagian pakaian dalam. Shahril hanya mengikut Jeslina. Belum sempat Shahril mengambil sehelai g-sting untuk buah hatinya, Adirah menarik lengannya.
“Along ni dah gila ke? Siap tolong Kak Jes tu carikan pakaian dalam dia! Dia punya. Biarlah dia cari sendiri!”
KETIKA lampu isyarat bertukar merah, Shahril memberhentikan keretanya. Jeslina masih membelek-belek cincin platinum putih pemberian Shahril. Mereka membelinya sepasang. Kedua-duanya ditulis
‘J y S’. Y di situ bermaksud ‘dan’ dalam Bahasa Sepanyol. Jadi: Jeslina dan Shahril. Sudah seminggu Sharil menempahnya.
“Cantik cincin yang you tempahkan ni.” Jeslina tersenyum manja. Lantas Shahril meraih tangan yang disarung cincin itu. Lama bibirnya mendarat di jemari halus itu. 15 minit. Tangan Jeslina yang lagi satu tak lepas mengelus tangan Shahril yang disarung cincin yang sama.
Adirah dan Syafiq di belakang berdehem empat lima kali.
“Along. Kalau ya pun nak bermesra, takkan tak ingat kami yang kat belakang ni!” Adirah menyindir. Terkulat-kulat Shahril ditegur begitu.
“Entah Along ni. Malulah nanti Kak Jes tu.” Tambah Syafiq. Memang sesuai dia menggelarkan abangnya ‘Pensyarah Subjek Perempuan Kelas Pertama’. Pantas mereka meleraikan pegangan.
Baru saja Shahril ingin menurunkan handbrake, dia terasa keretanya seperti dihentam dari belakang. Pantas tangannya menekan punat Lampu Kecemasan. Terus dia meluru keluar dan ke belakang. Ingin melihat siapa gerangannya yang berani melanggar ‘isteri kaku’nya.
Mey yang baru saja membuka tali pinggang terkejut apabila pintu keretanya dibuka rakus oleh seorang lelaki.
“Hei betina! Kau tak reti bawak kereta ke?” jerit Shahril. Dia tidak perasan muka Mey.
“Saya tak perasan encik. Maafkan saya.” Mey menundukkan kepala.
“Tak perasan! Tak perasan! Habis kereta aku yang dah kemek ni, siapa nak ganti rugi?” sengaja digertak lagi. Mey masih menundukkan kepala, diam.
“Kau kerja apa?” baru Mey ingin menjawab,...
“Cikgu Mey!” Syafiq memanggilnya. Berkerut muka Shahril.
“Syafiq. Awak buat a...” kepalanya didongak. Aku kat Ireland ke? Kenapa ada Mark Westlife kat sini?
“Cikgu terlanggar kereta abang saya. Ingat tak? Ini abang saya yang datang hari tu.” Shahril memandang Mey dan Syafiq bersilih ganti. Rasa malunya menerpa tiba-tiba.
“Hmm... menyusahkan! Lain kali bawak kereta tu, hati-hati!” tanpa ucap apa-apa, Shahril menarik Syafiq dan masuk ke dalam kereta.

.................................
KEDAI NASI AYAM SINGAPURA
KRUBONG
12.00 TENGAH HARI

“APA pasal dengan kereta kau tu?” soal Irfan. Dia menjeling sekilas belakang kereta Shahril yang kemek sedikit.
“Malam tadi, lah. Ada betina mabuk mana entah gatal-gatal nak langgar X3 aku! Tak pandan dengan kancil yang kecik! Tak sedar diri!” Shahril menghamburkan kemarahannya.
“Andy mana?” soal Shahril.
“Kejap lagi dia sampai.” Jawab Irfan. Tak sampai satu per empat saat, Vios milik Andy sudah berlabuh di belakang X3 Shahril.
“Mey. Ini kawan-kawan baik abang. Yang ini, namanya Muhammad Ariff Shahril dan ini, Irfan.” Andy memperkenalkan adiknya kepada dua sahabat baiknya. Bulat mata Shahril memandang wajah Mey.
“Awak...” serentak Mey dan Shahril menuding jari satu sama lain.
“Awak buat apa kat sini? Kenapa ikut Andy?” Shahril menyoal dengan tak tentu arah.
“Dia abang saya. Hari ni saya cuti.” Jelas Mey. Dua pertemuan sudah cukup membuktikan kepada Shahril bahawa Mey seorang yang cantik dan lemah lembut. Perasaan itu hadir lagi.
Alah, jangan macam ni, hati! Aku dah sayang sangat dengan Jes ni. Andy dan Irfan saling berpandangan.
“Kenapa kamu berdua ni? Dah kenal ke? Shahril memandang Andy.
“Kalau kau nak tahu Fan, Andy, perempuan nilah yang langgar kereta aku malam tadi.”


..................................
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

ANDY sekeluarga sudah masuk Islam. Tinggal tiga minggu saja lagi majlis kahwin antara Shahril dan Mey atau nama Islamnya, Nur Maya Chua. Andy pula memilih nama Abdullah Chua. Alhamdulillah, sejak masuk Islam, kesihatan ayahnya yang kini bernama Muhammad Chua bertambah elok. Dia sudah boleh berjalan sikit-sikit.

“SAYANG! You janij, you nak kahwin dengan I. Habis tu, tetiba aje entah mana-mana nyonya jual sayur you kutip nak jadi buat bini. I yang depan mata, you buat tak tahu je!” Jeslina bersuara marah dengan lenggok manja.
“Nyonya jual sayur ke, jual ayam ke, jual kambing ke, I peduli apa! Dah hati I penuh dengan cinta untuk dia! Nak buat macam mana?” selmaba saja ajwapan Shahril. Malas lagi dia mahu bertekak. Sejak melihat Jeslina memaut lengan seorang lelaki dengan erat, dia sudah malas mahu melayan wanita itu.
Jeslina memuncung. Sambil mengentak-hentakmanja kakinya, dia keluar dari pejabat Shahril. Terkatup saja pintu, Shahril ketawa kuat. Nur Maya Chua hanya mampu tersenyum.
“Jahat you ni. Suka sakat orang macam tu.” Tegur Maya sambil menepuk perlahan bahu tunangnya.

“RENJIS-RENJIS dibilis...” lagu orang kahwin itu memeriahkan suasana majlis perkahwinan di Villa Sri Jati. Di khemah makan, ramai tetamu yang sedang menjamu selera. Di ruang tamu yang luas itu, pelamin dihias cantik. Shahril dan Maya saling berpandangan. Dalam diam, mereka berjanji akan menjaga cinta mereka sampai mati.

Friday, August 20, 2010

Pertemuan Di Parking Lot

Assalamualaikum kpd sume pembaca yg memberi komen..
tq 4 the komen...
utk x mengahmpakan anda sume, sy akan menyambung cerpen Pertemuan Di Jalanraya?. Sekarang masih dalam pembikinan lagi.

CSU 9

CINTA SEORANG USTAZ 9

HQ ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

DATUK ALEXANDER merenung Iskandar. Aku kena cakap Bahasa Jerman ni. Tak faham-faham langsung!
“Kau masih nak kahwin jugak dengan Sandra tue?’ soalnya. Datuk Alexander mengeluh bila Iskandar mengangguk. Dia tidak memerlukan wanita seperti itu untuk menjadi menantunya. Dia tahu sejarah silam Sandra. Dia tahu hubungan Sandra dengan William.
“Kan daddy dah cakap, daddy tak mahu bermenantukan dia. Daddy mahu Is cari orang lain.”
“Tapi daddy, Sandra tu ba…”
“Full stop! Daddy tak mahu dengar apa-apa lagi pasal dia!” Datuk Alexander sudah muak untuk mendengar nama Sandra walaupun satu huruf.
“Daddy, Is takkan ubah keputusan Is selagi daddy tak menyatakan alasan kenapa daddy bencikan Sandra!” Iskandar seperti mengugut daddynya. Mata Datuk Alexander yang biru ditenung lama.
“Is tak malukah? Is seorang ustaz. Takkanlah nak berbinikan wanita yang macam tu? Is takkan tak ada perasaan langsung?” Datuk Alexander cuba menyedarkannya. Iskandar merenung permaidani biru dalam pejabat ayahnya
“Daddy, tolonglah. Is tahu apa yang Is buat. Tak semestinya wanita yang begitu tak boleh dijadikan isteri. Tapi kalau tak kita yang beri mereka peluang untuk berubah dan mengubah mereka, siapa lagi? Daddy, benda-benda macam ni terpulang pada setiap individu. Contoh, kalau seorang lelaki nak kahwin dengan pelacur yang sudah bertaubat dan berusaha untuk menjauhkan diri wanita itu dari kerja-kerja pelacuran dan ingin membahagiakannya, bukankah itu sebuah kerja yang baik? Sudahlah mendirikan masjid, kemudian membantu saudara seIslam sendiri daripada terus terjebak dengan benda-benda tak berfaedah. Melainkan jika wanita itu masih belum ingin bertaubat, maka diharamkan berkahwin. Daddy, don’t judge the book by its cover, ok! Is tahu, peribahasa tu datang dari bangsa daddy sendiri. Daddy tentu lebih faham apa maksudnya kan?” malas bertengkar dengan Datuk Alexander, Iskandar mencium tangan daddynya dan keluar. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon Sandra.

…………………………………….

“I tak tahu kenapa daddy I sanggup buat macam ni.” Iskandar menghembus nafas berat sebelum menyedut limau ais.
“I tahu sayang. Daddy you dah tentu nakkan yang terbaik untuk you. Takkanlah dia nak tengok wanita seksi macam I ni jadi menantu pada anak dia? Anak dia bukan calang-calang orang. Seorang ustaz! Kalau difikir secara logic, padankah seorang ustaz nak beristerikan wanita macam I?” Sandra memujuk. Dia mengelus perlahan tangan Iskandar. Iskandar membalas.
“I tak kisah wanita yang jadi isteri I tu wanita seksi atau tak. Jika sebelum berkahwin dengan I dia sanggup berubah kerana ALLAH dan kerana menyesal dengan perbuatannya yang dulu, kenapa I harus nak tolak wanita yang macam tu? I tahu, you nak berubah. Pada I, soal aurat memanglah I utamakan. Tapi kalau you cuba belajar untuk berpakaian dengan lebih sopan sebelum kita kahwin, kenapa I harus tinggalkan you?
You dah bersumpah dengan nama ALLAH dan atas Quran bahawa memang you nak berubah. Cuma you masih belum jumpa dengan orang yang boleh membantu you untuk berubah. Dan pada you, bila you dah jumpa orang yang macam I untuk mengubah diri you dan cara hidup you, kenapa you perlu nak tolak diri I? Pada I, I rasa you menolak tuah bila you tolak diri I untuk hidup dengan you.” Iskandar mula berhujah. Sandra cuba memahami hujah teman lelakinya.
“Sabarlah sayang. You doakanlah moga-moga satu hari nanti hati daddy you terbuka untuk menerima I.” Sandra membalas. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang mengawal pergerakan mereka sejak Iskandar keluar dari HQ Alexis-Amina Holdings Corporation. Jeng jeng jeng…..

…………………………………….

MELAKA SENTRAL

“CEPATLAH Najwa, dah nak hujan ni!” Laila menggeletar. Dia masih menunggu Najwa yang sedang menghulur not RM 100 kepada tauke kedai telefon. Setelah membalikkan baki, segera mereka keluar. Ketika mereka mahu ke terminal, tiba-tiba dua orang lelaki menarik tangan mereka lalu menekup muluat mereka berdua dengan tangan.
“Ikut kami cepat!” ugut lelaki yang menekup mulut Najwa. Dalam diam, Laila mendapat akal. Ditolak sedikit tangan lelaki itu ke atas dan dia menggigit tepi tapak tengan itu sambil menjerit.
“Tolong!!!” dua tiga kali dia menjerit perkataan yang sama.

“NANTI sekejap!” Iskandar tidak jadi masuk ke dalam X-Trail orang kanannya. Dia mendengar ada orang menjerit-jerit meminta tolong. Matanya dikecilkan ke satu arah. Pantas dia dan empat orang lagi gengnya menuju ke situ.
Dua orang lelaki itu tak sedar dengan kehadiran mereka.
“Jangan berani-berani nak usik makwe aku!” ugut Iskandar kepada dua orang lelaki itu. Dua orang lelaki itu ingin menumbuk perut Iskandar tetapi bila terlihat muka Iskandar, mereka menikus.
“Dua-dua ni makwe bos ke?” soal lelaki yang menekup mulut Laila tadi. Iskandar terus mengangguk.
“Ya! Memang dua-dua ni makwe aku!” tanpa rasa bersalah dia terus berdiri antara Laila dan Najwa dan memaut pinggang mereka. Sepuluh langkah berjalan, Iskandar berhenti.
“Ingat, jangan ganggu lagi awek-awek aku ni!”

“BILA masa kitorang jadi makwe ustaz!?” Laila dan Najwa menjerit serentak bila masuk dalam X-Trail. Iskandar di tengah-tengah menutup telinganya.
“Aku dah selamatkan kau dorang dah kira baiklah tu! Kalau tak, kau orang jadi mangsa rogol dia. Kau nak?” Iskandar memandang Najwa dan Laila bersilih ganti. Melihat diam mereka, Iskandar tersengih.
“Aku pernah pukul diorang sebab nak ragut gelang emas ada sorang makcik ni. Sebab tu tadi bila diorang nampak aje muka aku, diorang terus menikus!” Iskandar bercerita. Laila mencebik.
“Ada kitaorang tanya ustaz ke? Tak ada kan? Sibuk je nak bercerita!” Iskandar memandang Laila.
“Ohhh... sibuk? Kau tak ucap terima kasih kat aku, sebaliknya kau kata sibuk eh? Nanti kau! Kat sekolah esok siap aku kerjakan kau!” Iskandar sudah merangka satu strategi untuk mengenakan Laila.

............................
VILLA JANNAH

ISKANDAR terpaksa memaksa fikirannya membuat shift malam sehingga tiga pagi. Kata-kata daddynya masih berpusing-pusing di telinganya.
“Ingat apa yang daddy cakap. Ni dah bulan berapa? Kalau tak dapat jugak wanita tu sampai hujung bulan ni, biar daddy yang carikan.”
“Daddy kata daddy bagi tempoh sampai tarikh lahir Is tahun depan. Ni, hujung tahun pun belum lagi. Daddy ni mungkir janjilah!”
“Bila daddy tengok kau asyik keluar dengan Sandra je dua tiga malam ni, tu yang membuatkan daddy cepatkan tarikh pencarian. Faham!” Datuk Alexander terus naik ke atas tanpa menghiraukan muka Iskandar yang bagaikan manusia berak batu belah batu bertangkup.

“JUAN dah makan?” soal Natasha ketika dia masuk dalam bilik Iskandar. Iskandar hanya memandang Natasha yang mengusap Juan. Pandangannya melekat semula pada kartun Shaun The Sheep.
“Abang Is dah bulat nak kahwin dengan Kak Sandra?” soal Natasha. Dia dengar perbualan daddynya dengan Iskandar tadi.
“Abang sayangkan Sandra tapi abang tak tahu kenapa daddy benci sangat dengan dia.” Iskandar mengeluh kecil.
“Cakaplah terus-terang dengan daddy.”
“Abang dah cakap terus terang dah. Tapi daddy maca buat tak paham bahasa je!” Iskandar terus menonton kartun Shaun The Sheep.

CSU 8

CINTA SEORANG USTAZ 8

VILLA JANNAH

“KENAPA ni atuk?” soal Iskandar ketika melihat Simon terbatuk-batuk di sinki. Simon menggeleng.
“Nothing. May be I get ordinary cough only.” Jawab Simon. Kemudian, dia beredar ke ruang tamu. Dari dapur, Iskandar mendengar batuk datuknya makin menjadi. Tak boleh jadi ni! Ada yang datuk aku mati nanti!
“Granddad, siaplah. Is bawa granddad pergi klinik.” Simon menggeleng. Namun Iskandar berkeras. Walau berlainan agama, tak bermakna dia perlu membiarkan sakit datuknya melarat.

.......................................

SMK TAMAN INDAH

ANGGOTA Kadet Polis terkejut apabila mendengar bunyi tayar berdecit di atas jalan. Kelihatan Honda Stream warna kelabu gelap tersadai di tapak perhimpunan.
“Siapa agaknya tu?” soal Najwa kepada Laila. Iskandar dan Simon keluar dari kereta. Mereka menuju ke belakang. Iskandar muncul semula sambil membawa sekotak air mineral dan Simon menjinjit dua buah plastik merah besar.
“Cikgu Narita, ni saya bawakan nasi lemak dengan air mineral untuk budak-budak ni.” Jawab Iskandar. Mata mereka tertembung secara tak sengaja. Iskandar tak tahu mengapa matanya susah untuk lari dari menatap wajah manis itu. Sandra yang dia dalam kereta pantas keluar apabila melihat adegan tersebut.
“Is, kata nak amek adik you. Cepatlah sayang!” semua mata mencari-cari suara itu. Sandra berdiri di sebelah Simon.
“Ni paderi mana awak bawak ni, Iskandar?” soal Cikgu Ainah yang entah dari mana datangnya.
“Awak nak suruh budak-budak ni masuk Kristian ya? Apa punya ustaz awak ni?” bebelnya lagi. Iskandar menarik nafas berapi.
“Cikgu, kalau tak tahu apa-apa jangan nak main tuduh aje!” Iskandar menempelak.
“Main tuduh konon! Habis tu, siapa paderi ni?” Cikgu Ainah menjeling Simon sekilas. Walaupun Simon berbaju kemeja, rantai salib di lehernya sudah cukup membuktikan dia agama apa.
“Datuk saya sebelah daddy. Kenapa?” semua mulut ternganga. Sandra sudah tersenyum sinis.
Malas melayan Cikgu Ainah, Iskandar kembali merapati Cikgu Narita. Bimbang kejadian tadi berlaku, pantas Sandra berdiri di sisi Iskandar.
“Nanti cikgu hantar kedatangan pelajar pada saya Isnin depan ya.” Pinta Iskandar.
“Isnin depan saya terpaksa naik ke Selangor. Ada hal penting.” Jawab Cikgu Narita. Iskandar berfikir seketika namun matanya tak lepas dari memandang Cikgu Narita. Dilirikkan pula matanya ke Sandra. Wanita itu menggetap bibir sambil membulatkan matanya. Iskandar tersengih. Tahu teman wanitanya tidak suka dia memandnag wanita lain.
“Kalau macam tu, nanti cikgu bagi kedatangan tu pada Laila.”
“Surat-surat yang ustaz minta saya buatkan tu?” Tanya Cikgu Narita.
“Dah siap?” laju Cikgu Narita menggeleng.
“Tinggal sikit lagi. Saya ingat lepas ni saya nak siapkan.”
“Kalau macma tu, kejap lagi awak siapkan dan bagi pada Laila.” Pantas dia memandang Laila.
“Laila, nanti hari Isnin awak bagi pada saya apa yang Cikgu Narita serahkan, ok?” Laila mengangguk faham.
Spontan mata Sandra turut melihat Laila. Macam familiar je muka betina nie? Pantas diingatnya perbualan dengan temannya, Tania.

LEBUHRAYA PLUS
NILAI

“YOU cakap betul-betul siapa betina tu, sayang!” Sandra sudah naik angin. Tangannya tak lepas memukul-mukul bahu Iskandar.
“Siapa?” soal Iskandar. Dia cuba meraih tangan Sandra yang memukulnya namun Sandra pantas menepis. Perempuan ni nak mula Perang Dunia III dengan aku ke?
“Yang you panggil Laila tu! Siapa? Cakap cepat!” Sandra mencubit paha Iskandar.
“Auwww!” Iskandar menejrit kecil. “Sakitlah sayang. Janganlah cubit macam tu. I tengah driving nie.” Iskandar menggosok paha yang dicubit. Macam kena gigit dengan Raja Semut Api! Berapi-api!
“Cakap cepat, siapa?!” desak Sandra lagi. Hatinya sudahlah terbakar melihat Iskandar bermain mata dengan Cikgu Narita tadi. Lebih bertambah rentung apabila teringatkan gambar yang ditunjukkan oleh Tania. Gambar Iskandar memeluk Laila dengan penuh kegembiraan.
Perlahan-lahan Simon membuka mata. Dipandang ke kiri dan ke kanan.
“Where I am?” Simon menggosok-gosokkan matanya. Iskandar menoleh tiga saat ke belakang. Dia menepuk dahinya.
“Granddad, sorry granddad. Is lupa nak hantar granddad balik.” Iskandar memohon maaf. Dijeling Sandra seketika. Sandra yang berkemeja putih dan berjeans hitam hanya mendiamkan dirinya. Matanya masih meneroka kecantikan alam semulajadi di luar kereta.
“Jadi, Is nak bawa granddad ke mana?” Tanya Simon. Dia cuba mempelajari Bahasa Malaysia.
“Kita angkat Tasha kat KLIA. Dia kata, pukul 1 nanti tibalah flight dia.” Jawab Iskandar.

“SIAPA tu Abang Is?” soal Natasha sambil menolak trolinya.
“Makwe abang. Kenapa?” Iskandar memandang adiknya. Natasha mencebik.
“Hmm... tak padan dengan ustaz. Nak makwe yang seksi-seksi! Carilah yang sepadang dengan Abang Is.” Natasha memberi komen. Iskandar memanndag adiknya. Macam rancangan reality tv pulak. Banyak benar komen.
“Suka hati abanglah. Pada abang, kalau orang macam tu yang kita pilih, takkan ada masalah. Maksudnya, kalau kita tahu hatinya macam mana, nawaitunya macam mana, kita pasti boleh menerimanya. Kalau setakat dari segi fizikal yang menjadi bandingan, abang gerenti memang abang akan boleh ubah dia nanti. Kadnagkala, tak semua ustaz-ustazah betul.”
“Maksud abang?”
“Yelah. Kadangkala ada orang yang menutup aurat ni, kadangkala perangai mereka lagi teruk dengan orang yang berpakaian macam takde duit nak beli kain. Lihat saja dunia sekang, ada juga ustazah yang sanggup buat maksiat dengan bekas teman lelainya ketika suaminya mengerjakan umrah.” Natasha menggelengkan kepala. Apa punya manusia tu?
“Yelah Abang Is. Tasha tak kasha. Tapi daddy denagn mummy tahu tak Abang Is couple dengan Kak Sandra tue?” Iskandar mengangguk.
“Tapia bang tahu dia nak berubah. First time kami jumpa secara tak sengaja, dia dah menyesal dengan hidupnya yang dulu. Dna abnag tanpa segan silu terus menghulurkan bantuan. Abang tak rasa benda tue salah.” Jawab Iskandar.
Natasha tahu abangnya pasti akan memlih yang terbaik untuk dirinya. Dia tahu walaupun abangnya seorang ustaz, dia masih liar dengan mengunjngi kelab-kelab malam. Dan yang paling menghairankan, abangnya adalah KETUA KUMPULAN MAFIA!

CSU 7

CINTA SEORANG USTAZ 7

HARI sukan SMK Taman Indah telahpun tamat seminggu lalu. Tetapi, minggu ini masih ada lagi aktiviti untuk guru-guru iaitu Hari Keluarga. Cikgu Ainah sibuk mengeluarkan barang-barang dari Toyota Alphard suaminya.
“Mand, tolong ibu.” Cikgu Ainah memanggil Armand. Armand bangun dari batang kelapa yang sudah tumbang. Ketika dipusingkan kepalanya ke kanan...
“Bu, siapa yang Ustaz Is bawa tue?” Iskandar dan Sandra jalan beriringan kearah mereka sambil berpimpin tangan.

“AKU tak tahulah kenapa Tuan Pengetua terima ada sorang ustaz tak betul kat sekolah kita. Nama aje ustaz. Taste bukan main tinggi! Nak cari makwe yang seksi-seksi. Itu ke budak tahfiz? Teruk kan?” Cikgu Ainah terus mengutuk.
Murai yang sekor ni memang betul-betul dah tercabut ekor ni! Iskandar masih cuba bersabar.
“Itulah. Dia tak malu agaknya?” Cikgu Zainah membalas. Mereka menjeling-jeling Iskandar.
“Zamrul, kami harap kau janganlah macam orang tu ye. Kalau nak cari makwe nanti, carilah yang sepadan dengan kau. Bertudung labuh, pakai jubah. Barulah sedap mata memandang. Jangan jadi macam ada orang tue. Panas kitaorang dibuatnya. Jangan kata nak pandang betina tu, nak pandang orang tu pun dah panas macam kena bakar!”
“Betul tu Kak Ainah!” balas Zamrul.
Hafizuddin bersama isteri yang makan semeja dengan Iskandar hanya menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu.
“Sabar jelah Is. Diorang memang macam tu.” Hafizuddin berbisik.
Lagi satu minit ke 10.30 pagi. 59... 60! Ting... 10.30 pagi. Murai tercabut ekor ni mesti kena bom. Dah setengah jam dia tembak aku je! Ni, aku plak bomkan dia. Biar satu badan tercabut.
“Din, nak tahu sesuatu?” Iskandar berbisik di telinga Hafizuddin. Lelaki itu mengerutkan kening, bertanya guna isyarat.
“It’s time for revenge!”
“Din, kau tahu tak, aku tak malu kalau aku ada makwe macam ni. Malah aku rasa bangga. Kau nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?” Iskandar memulakan misinya.
“Sebab apa?” maka, Hafizuddin pun terlibat dalam misi tersebut.
“Sebab aku tahu dia nak berubah.” Mata Iskandar menjengah muka Sandra seketika. Sayu saja mukanya.
“Ah... jantan! Alasan semata-mata!”
“Memang muka tak malu dia tu, Kak Nah. Berkepit dengan betina tak senonoh macam tu!”
“Din, aku dengar ada orang cakap aku tak malulah. Aku tak kisah pun. Tapi kau kena ingat ni, Din. Aku lagi malu kalau golongan pendidik macam kita ataupun golongan cendiakawan agama tak mahu membantu orang macam makwe aku nie untuk berubah. Kau cuba fikir, kalau kita tak bantu orang macam mereka, apa mereka akan anggap?”
“Mungkin... mereka akan anggap kita sombong, nak berkawan dengan orang kelas kita aje. Diorang tak layak untuk berkawan dengan kita.” Jawab Hafizuddin.
“Betul! Seribu markah untuk kau! Aku tahu apa yang aku buat, Din. Tapi aku sedih, Din.”
“Kenapa?”
“Sebab aku tak sangka ada golongan pendidik yang cetek fikiran macam ada orang tu, Din.” Iskandar sengaja menuang minyak tanah ke badan Cikgu Ainah. Cikgu berusia lewat 30-an itu terdiam.
Rasakanlah! Kau ingat, kau aje yang betul?! Takat laki kau keje jurutera kat JKR pun, dah nak belagak! Aku ni yang anak Datuk takde papepun! Siap mix Inggeris Midsomer-Melayu Melaka lagi!

....................................
VILLA JANNAH

PAGI Ahad yang Indah. Iskandar suka tidur semula selepas solat sbuh. Tepat jam 10 pagi, dia akan bangun dan akan menjerit ‘Selamat Pagi Dunia’ tetapi kali ni...
“Argh!!! Juan, kenapa kau suka buat aku terkejut?” Iskandar memulakan paginya dengan memarahi iguana hijau kesayangannya, Juan.
“Biasa kan kau tido kat toto kecik tu! Apahal plak malam ni kau tidur dekat aku?!” tangan kirinya membantai sedikit badan Juan. Juan hanya mengebil-ngebilkan biji matanya. Meminta simpati dari tuannya. Pantas Iskandar meletakkan semula Juan dio toto keciknya. 30 minit menghuni dalam bilik air, dia keluar. Dengan mengenakan baju pagoda, seluar pendek Bermuda dan jam adidas response II twin di tangan kirinya, dia turun ke bawah. Juan masih setia bertenggek di atas bahu kanannya.

“LAMBAT kau bangun Is?” soal Datuk Alexander sambil membaca Mingguan Malaysia. Dia tahu tapi dia sengaja bertanya. Sesekali dia menjeling anaknya yang sedang mencicah jemput-jemput( a.k.a cekodok) ke dalam piring kecil yang berisi masak lemak cili api.
“Daddy kan tahu, hari Ahad yang indah macam ni, Is malas nak bangun awal.” Tanpa pamitan, dia sambung mengunyah cekodoknya. Tiba-tiba bila dimasukkan tangannya dalam mangkuk yang berisi cekodok tadi...
“Eh, dah habis dah?” berkerut dahinya. Lajunya aku makan.
“Habis tu, mana taknya! Kau kunyah! Si Juan tu pun kunyah. Juan tu daddy tengok dah macam kau jugak! Patutnya bagi tumbuh-tumbuhan, buah-buahan. Ini, kau kasi cekodok. Kau ingat, selera dia sama dengan kau?!” tempelak Datuk Alexander. Iskandar tarik muka. Malas melayan daddynya, dia terus membawa segala cawan dan pinggan mangkuk kotor ke sinki dan dibasuhnya.
Iskandar terus ke pintu belakang. Setiap Ahad, dia akan membuat lawatan rasmi di belakang. Dia menapak ke sebuah pintu besi yang disambung dengan kawat hijau. Ditolak selak pintu. Bila pintu ditolak, segera dia menerpa ke reban anak ayamnya. Dedak yang disimpan dalam sebuah kotak dicedok sedikit dan diletakkan dalam mangkuk. Bekas putih di dalam reban dikeluarkan dan diganti air baru. Anak ayam pun nak air yang bersih juga. Pantas lidah Juan mahu menangkap seekor anak ayam namun Iskandar sudah mengetuk kepala Juan.
“Kau jangan kacau anak-anak aku. Nanti aku hantar kat kedai makan cina buat lauk nak?’ Iskandar mengugut. Macam Juan faham saja ugutannya. Dan terus dikebilkan lagi matanya. Tiba di reban arnabnya, dia memasukkan carrot yang sudah dipotong. Ketika dia ingin berdiri, dia seperti terlihat sesuatu di bawah reban arnab itu. Ular hitam!
“Hai ular! Apa lagi yang kau nak?” Iskandar tahu, ular ini adalah ular hitam di sekolah tempoh hari. Ditenung ular hitam itu lama-lama. Dia seperti ternampak kelibat adik daddynya, Uncle William.
“Tolong jangan ganggu aku, keluarga aku dan binatang-binatang peliharaan aku ni. Aku tahu kau jin. Baik kau pergi sekarang!” walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali, ular hitam itu tetap tidak lari. Iskandar terpaksa mengambil sebatang kayu yang disandarkan pada kawat dan memukul ular tersebut perlahan-lahan sehingga ‘pak anjang’ itu melarikan diri.

“KAU kat mana?” soal Iskandar kepada si pemanggil ketika dia menonton kartun Oggy and the Cockroaches bersama Juan dan tiga ekor kucing parsinya. Kedua-dua ekor anak kucing parsi dilihat sedang bermain-main dengan ekor Juan yang melentik-lentik. Manakala ibu kucing pula sedang enak bersandar di badan Juan. Tangan kanannya mengelus perlaha kedua-dua ekor anak kucing itu.
“Kau tiba pukul berapa?” suara di sana menjawab.
“Nanti tunggu sampai aku datang.” Habis menjawab, talian dimatikan.

CSU 6

CINTA SEORANG USTAZ 6

BULAN MAC

ISKANDAR terpaksa mengetuai Pasukan Rumah Biru atau Pasukan Dr. Mahathir kerana guru yang sepatutnya iaitu cikgu Norhayati pergi bersalin. Tiga empat orang cikgu rumah itu pula sedang berkursus. Dua orang cikgu wanita iaitu Cikgu Hidayah dan Cikgu Narita adalah guru sementara.
“Laila. Awak pergi ke khemah pengurusan Hari Sukan dan minta dia hantarkan sekotak air mineral di sini.” Arah Iskandar. Laila patuh. Dia mengajak Najwa ke sana.
“Aku tengok ustaz tu macam suka dengan kau je, Laila.” Najwa bertanya. Laila mencebik.
“Kau jangan jadi wartawan gossip kat sekolah ni eh! Kau kan tahu, ustaz tu ada makwe! Satu trillion kali lebih cantik dari aku tau!” Laila malas mahu melayan Najwa.
Najwa diam saja. Aku tanya sikit, dah angin macam tu!
“Cikgu Ainah, ustaz minta sekotak mineral untuk Rumah Dr. Mahathir.” Cikgu Ainah mengangguk.
“Armand, tolong hantarkan sekotak mineral kecil tu untuk Rumah Dr. Mahathir.” Armand mengangguk mendengar arahan ibunya.


DENGAN rakus Iskandar menghabiskan sebotol mineral. Hisy… budak-budak pompuan nie tahu diri tu pendek, tak payahlah nak plan gantung reben tinggi-tinggi! Sudahnya, aku jugak yang kena! Bentaknya dalam hati. Dahlah hampir semua budak laki busy. Yang bersukan, yang ada latihan perbarisan, yang ada main pancaragam! Fuhh. Yang ada kat khemah ni pun, datangkan blur memanjang! Terajang karang! Suruh buat tu, ‘ah’? Suruh buat ni, ‘ah’? Semua yang datangkan ‘ah’, bila nak ‘yalah’ pulak? Iskandar menggeleng lagi.

Someday we gonna rise up on that wind you know
Someday we gonna dance with those lions
Someday we gonna break free from these chains and keep on flyin'

MANA handset aku? Iskandar meraba-raba kocek track suitnya. Ringtone ‘Someday’ terus bernyanyi-nyanyi. Alah! Iskandar menggaru kepala. Dahlah mahal aku beli? Di satu sudut, Laila dan Najwa sedang menghias bunga manggar warna biru pada sepanduk untuk acara perbarisan nanti.
Kenapa punggung aku bergetar ni? Tak lama kemudian, ia terhenti. Baru menarik nafas lega tiga saat, ia bergetar lagi.
Aku ada dudukkan apa-apa ke? Bila dibangun…
Ya Allah, handset ustaz! Laila menepuk dahi. Mampus aku! Perlahan-lahan, Laila menuju ke Iskandar sambil membawa telefon bimbit lelaki itu.
“Ustaz...” Laila menyerahkan telefon tersebut kepada Iskandar. Melihat telefon bimbitnya, Iskandar terus menymbut dan menciumnya beberapa kali.
“Kat mana awak jumpa?” soal Iskandar sambil menyemak missed call yang masuk.
“Sss... saya terdudukkan kat atas rumput.” Jawab Laila.
Iskandar menepuk dahi. “Macam mana boleh ada atas rumput pulak?” Laila mengangkat bahu.
Pedulilah! Janji, darling aku ni aku dah dapat balik! Sedang Iskandar leka bermain SMS dengan Sandra, Laila menjerit dari belakang khemah.
“Ustaz... ada ular! Tolong!” pantas Iskandar menyimpan handset dalam kocek dan ke belakang khemah. Semua pelajar dan guru sementara itu sudah berada di hadapannya. Dilihat seekor ular hitam sepanjang 1 meter sedang mengembang-ngembangkan kepalanya. Iskandar merenung mata ular hitam itu. Ular hitam yang ingin memuntahkan bisanya kepada Iskandar terus diam bila Iskandar berkomunikasi dengannya.
“Hai ular. Kalau kau jin, kalu larilah. Kalau kau ular, kau tunggu aku sampai aku datang pukul kau!” Iskandar memberi amaran sebanyak tiga kali seperti yang pernah diajar oleh ustaznya. Dengan pantas, ular tersebut lari. Iskandar menarik nafas lega. Namun nalurinya menyatakan sesuatu. Ini mesti angkara seseorang!

...........................................
DI VILLA JANNAH

“DADDY, Is dapat rasa ada orang yang nak bunuh kita sekeluarga.” Ucap Iskandar selepas menghirup secawan teh. Simon Brown hanya memerhatikan anak dan cucunya.
“Macam mana kau tahu?” soal Datuk Alexander sambil terus meneliti laporan saham dalam Utusan Malaysia.
“Tadi masa kat sekolah, masa Is dengan budak-budak tengah hias khemah, tetiba je ada budak menjerit kat belakang khemah. Dia cakap ada ular hitam. Is pun pergilah jenguk. Rupanya memang ada. Tapi bila Is renung ular tu lama-lama, Is rasa memang ada orang yang nak bunuh kita sekeluarga.” Dalam kepala Datuk Alexander memang sudah tersemat seukir nama. Tapi dia tidak mahu buruk sangka.

.............................................

SMK TAMAN INDAH

“SAYA minta maaf tentang kelmarin.” Ucap Iskandar ketika Najwa dan Laila sedang bersembang kosong di tepi khemah.
“Saya tak patut buat awak macam tu. Bila dah berdua-duaan, yang ketiga ialah syaitan. Dan yang ketiga tu ada dalam diri saya dengan rakan seperjuangannya,iaitu nafsu yang sukar dikawal.” Laila mengangguk tanda memaafkan.
“Saya harap ustaz tak ulanginya lagi. Bukan pada saya saja, tapi pada semua wanita yang masih haram kepada ustaz.” Iskandar mengangguk setuju.
“Ustaz, boleh saya tanya satu soalan?” Najwa bersuara. Laila menyiku tangannya tapi dia buat-buat tak tahu. Iskandar memandang anak muridnya. Manis mukanya. Sama macam Laila.
“Kenapa ustaz ni tak rupa macam budak tahfiz pun? Maksud saya, macam lebih pada rock, terlalu duniawi. Tak rupa pelajar tahfiz langsung yang selalu pakai jubah... serban semua tue.” Iskandar menyimpul senyum mendengar soalan tu.
“Salah ke kalau budak tahfiz macam saya pakai baju t-shirt, track suit dengan kasut sukan macam ni?” Iskandar bertanya balik. Najwa menggeleng. Alah ustaz nie... nak kenakan aku plak!
“Saya tak kata salah cuma...”
“Itu cuma sunnah Rasulullah S.A.W. Hari-hari saya pakai. Complete dengan serban, minyak atar lagi. Tapi saya cuma pakai waktu sembahyang, dengar ceramah, dan apabila ke masjid dan surau. Tapi, awak takkan tak perasan? Kan setiap Jumaat saya pakai baju Melayu? Kalau Jumaat ni baju melayu dengan songkok hitam, Jumaat depan saya pakai jubah dengan serban. Saya dah mintak izin Tuan Pengetua pun.” Najwa terkulat-kulat. Ada ke? Bila dia pakai? Aku tak perasan pun!
“Pada saya, saya tak kisah kalau pakai apa saja asalkan sopan, pakaian yang kita pakai tak melambangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam, juga tak ada simbol-simbol agama lain.”
“Ustaz belajar kat sekolah tahfiz mana?” soal Laila.
“Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan.” Jawab Iskandar.

CSU 5

CINTA SEORANG USTAZ 5

DI HQ ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

“I don’t know how can I say. But I really... really disappointed.” Simon Brown mengeluh. Datuk Alexander hanya memandang wajah sayu ayahnya.
“Dad. In what reason he must do this? My sons are not guilty? But why William want to killed them?” Simon Brown hanya mengangkat bahu.
“He told to me that... he was so ashamed when you married a Malay girl. But to me... it’s not a big deal!”
Dad dengan mom takde apa-apa, dia lebih-lebih pehal plak?
“You know Alex... I have asked him why he so ashamed and he said that... that our family are the strong believer of Roman Catholic. All Midsomer know that. He added that furthermore, I’m the honourable dean at Midsomer Church.” apalah nak jadi dengan adik aku yang sorang ni?
“Where are you stay now, dad? I mean, which hotel?”
“Everly Resort.” Jawab Simon. Datuk Alexander mengangguk.
“ 5 in the evening after office hour, I will take you. Just stay with me okey?” Simon mengangguk setuju.

.............................

SMK TAMAN INDAH
1.30 petang

“AMEK granddad? Kat mana?” Iskandar mendengar seketika butir bicara daddyya dan mengangguk.
“Oklah jugak. Tapi Is tak janji boleh tiba sana sharp 5 petang. Daddy cuma suruh granddad tunggu aje kat situ, ok?” selepas Iskandar mengangguk, talian diputuskan.
Iskandar masuk semula ke dalam kelas. “Saya nak awak siapkan nota-nota awak tu. Minggu depan, saya check. Dan latihan yang saya bagi tadi, tolong hantar di meja saya tengah hari esok.” Semua pelajar mengangguk faham.
Seperti biasa sebelum kelas tamat, Iskandar akan memberikan tazkirah. Pelajar yang suka boleh tulis dan simpan.
“Ingat. Apa yang terjadi dalam hidup kita, semuanya dah ditakdirkan oleh-Nya. Dan kita sebagai hamba sepatutnya menerima semua itu dengan hati yang penuh keredhaan. Contohnya, jika ditakdirkan seorang wanita hamil tanpa nikah, perlulah dia menerimanya dengan hati yang redha.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dia tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Dan kepada wanita tersebut, cuba cari hikmah disebalik apa yang ditakdirkan. Bila baby tu lahir nanti, dia akan diserahkan kepada keluarga angkat yang langsung tak punya anak. Kan itu membahagiakan orang lain? Dan percayalah, Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita apabila Dia mengambil sesuatu dari kita hari ini.” Dan Iskandar mengakhiri tazkirahnya dengan bacaan Surah al-Asr. Begitulah rutinnya. Sebelum kelas dimulakan, dia akan membaca Al-Fatihah beramai-ramai bersama pelajarnya dan dia akan menerangkan maksud semua ayat-ayat tersebut. Di akhir kelas selepas tazkirah, dia akan mengakhirinya denga surah al-Asr beserta penerangan maksudnya.



..............................................

DI VILLA JANNAH

MERDU. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila Simon mendengar alunan merdu Tarannum Bayati yang dibacakan oleh menantunya.
Bacaannya terhadap kitab Injil terhenti seketika. Didengar lagi bacaan menantunya. My God. Merdunya. Hatinya sudah tidak tahan. Tangannya menggenggam kuat salib yang tergantung di lehernya. Namun kepalanya pantas menggeleng.
Aku ketua paderi yang paling dihormati di Midsomer! Mana mungkin aku sudah jatuh hati dengan Islam? Dia menggeleng beberapa kali. Kemudian, Simon menumpukan seluruh perhatian untuk membaca Injilnya. Makin ditumpu, makin tidak keruan kepalanya. Sepanjang 35 tahun menjadi seorang paderi, dia tidak pernah begini!
Simon tiba-tiba teringat dengan Kitaro, kawan baiknya. Kitaro sendiri mengakui bahawa azan yang pernah dia dengar ketika dia berada di KL untuk persembahannya adalah sebuah seni. Dengan baju paderinya yang hitam, dia keluar dari bilik. Simon menuju ke bilik Iskandar. Pintu yang sedikit renggang membolehkannya melihat aktiviti cucunya.
“Fabiai’i ala irobbikuma tukazziban.” Simon mendengar Iskandar menyebut ayat dalam Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali. Apa maksudnya sampai banyak kali si Is sebut?

“KAK, mari duduk sekali. Makan macam biasa.” Datuk Alexander mengajak Mak Jah. Dia dan isterinya lebih suka menganggap Mak Jah seperti kakanya sendiri. Wanita berusia awal 60-an itu agak keberatan memandangkan ayah tuannya berada di situ.
Datuk Alexander faham. “Jangan risaulah, kak. Ayah saya ni, baik orangnya”. Mak Jah akur dan duduk di sebelah Datin Aminah. Manakala Iskandar yang baru turun dengan jubah putih dan berserban duduk di sebelah datuknya.
“Is, baca doa nak.” Pinta Datuk Alexander. Simon melihat pakaian cucunya dari atas hingga bawah. Setelah mereka mengaminkan doa, Simon pula berdoa dengan caranya. Datuk Alexander meminta semua menunggu sehingga ayahnya habis membaca doa.
Amen. Simon menghabiskan bacannya. Mereka mula menjamu selera.
“Kamu nak kemana ni, Is?” Tanya Datuk Alexander sambil tangannya ligat mematah-matahkan pucuk pegaga di dalam pinggannya.
“Hari ni ada ceramah agama kat Masjid Al-Azim. Is nak pergi dengan Hamka.”
“Siapa penceramahnya?”
“Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dengan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.” Jawab Iskandar. Datuk Alexander mengangguk perlahan. Kadang-kala, perwatakan Iskandar menyejukkan haati tuanya. Tapi kadangkala, boleh meletupkan darahnya.
Simon menjeling seorang demi seorang di atas meja makan. Terbukti, apa yang difikirkan tentang Islam selama ini adalah salah belaka.
Islam agama pengganas! Islam agama yang tak adil! Semua penganutnya adalah terrorisme! Islam sudah tidak relevan dengan perkembangan zaman yang pesat! Islam agama penindas!
“Jadi, kamu Isyak di sanalah?” soal Datuk Alexander sambil membasuh tangannya. Anaknya mengangguk.


SIMON mengintai dari luar apa yang Datuk Alexander, Datin Aminah dan Mak Jah lakukan. Berdiri, menonggeng, duduk. Adakah ini cara sembahyang mereka? Tak penatkah mereka melakukan perkara yang sama sebanyak lima kali dalam sehari?

CSU 4

CINTA SEORANG USTAZ 4

“NAJWA, awak tunggu kat luar!” Najwa terus menapak keluar guna pintu depan. Iskandar terus mengunci pintu dari dalam. Laila mula takut. Dia tak tahu nak lari ke mana. Bila Iskandar makin dekat padanya, dia terundur-undur ke belakang hingga terhimpit di tingkap.
Alah, mana aku nak gerak lagi ni? Dipandang ke kanan, dinding, dipandang ke kiri, meja guru! Di belakangnya, tingkap nako! Di depannya? Iskandar mendaratkan tapak tangannya pada jenang tingkap nako. Tubuh Laila menggeletar.
“Berani awak buat saya macam ni ya?” Iskandar semakin mendekatkan mukanya.
“Sebagai balasannya…”
“Ustaz nak apa?” Laila dapat merasakan nafsu ustaznya yang begitu membara.
Iskandar memaut pinggang Laila dan dibiar seketika. Eeih, suka-suki hati dia je nak peluk aku!
“Ustaz jangan macam ni. Ustaz kan, ustaz? Kenapa ustaz nak...” jari telunjuk Iskandar mendarat di bibir Laila. Tolong! Tolong! Tolong! Jeritannya hanya mampu didengar oleh hati sendiri.
“Kalau ya pun awak nak buku awak, kenapa awak mesti guna cara ni?” mata setan Iskandar tak lepas dari memandang bibir Laila walaupun suku saat.
“Sa... saya cu.... cuma nak main-maa.... main aje. Ttt.... tak lebih dari tu.” Tanpa membuang masa, Iskandar terus mencantumkan bibirnya dan bibir Laila. 5 minit. 10 minit. 15 minit. Tak lepas lagi! Aku dah rasa semacam ni! Tangannya cuba menolah tubuh Iskandar tapi terasa macam tolak anaconda je! Laila menjerit dalam hati. Gila punya ustaz!
Laila tak terdaya lagi untuk menolak tubuh sasa Iskandar. Kedua-dua tangannya digenggam erat oleh Iskandar. 30 minit! Baru Iskandar menjauh darinya.
“Awak ingat Laila! Lepas ni kalau awak buat saya macam ni lagi, I will do more than this! Understood, Laila Mohd. Lazim!” Iskandar terus mengorak langkah meninggalkan kelas itu.

..........................................

DI HQ ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

DATUK ALEXANDER merenung laporan kontraktor yang diserahkan oleh setiausahanya tadi. Menurut laporan tersebut, semua kerja-kerja pembinaan sudah disiapkan. Cuma belum dicat saja. Ini bermakna, projek tersebut sudha siap 90 peratus. Cat-cat yang ditempah oleh kontraktor belum sampai dan pembekal menyatakan cat akan sampai seminggu dari tarikh laporan ini.
“Najihah, tolong panggilkan Encik Ariffin dan Encik Izzuddin masuk ke bilik saya sekarang.” Lebut saja Datuk Alexander member arahan.

“MACAM mana dengan pembelian untuk projek baru kita ni?”
“Semuanya ok Datuk. 180 daripada 250 unit rumah di situ sudah terjual.” Datuk Alexander mengangguk puas hati.
“Perkembangan lain?” sempat mata Datuk Alexander menjeling tag nama kedua-dua pekerjanya. Sejak kes seorang pekerja bawahan memanggil bosnya yang bernama Baharuddin kepada ‘Bahalol’, dia sudah menetapkan supaya semua pekerja dari jaga hinggalah bos besar iaitu dirinya supaya memakai tag nama. Untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi. Dia tidak suka pekerja yang kurang ajar dan tidak menghormati bos mereka.
Ariffin… Izzuddin… Datuk Alexander bermenung lagi.
Iskandar Ariffin... Iskandar Izzuddin...
“Datuk...” panggilan dari Ariffin dan Izzuddin menghentikan lamunannya.
“Alex...” suara garau di muka pintu pejabat mematikan perbincangannya.
ALOHA CLUB BISTRO, BANDAR MELAKA

“SIAPA bos kau bawak tue?” soal Black kepada Andy ketika Iskandar dan Laila menuju ke arah mereka.
“Peerh... awek baru siot!” jerit Black.
“Kepala bapak kau awek baru! Aku masih setia dengan Sandra tau!” Iskandar terus memesan dua gelas coke selepas duduk.
“Habis kalau kau setia, nie sapa plak? Spare part ko ke?” Tanya Zack pula selepas meneguk 7-Up. Semua tergelak.
“Eh hawau... aku bukan macam kau orang sume tau! Tak cukup satu! Nak jugak main spare part-spare part! Aku ni setia orangnya! Budak nie... sebenarnya student aku. Kau orang jangan nak merepek bukan-bukanlah!”
“Bapak arrr... gile punya ustaz... nak rosakkan student sendiri! Apa jenis cikgu kau nie?” sindir Black.
“Kepala abah kau! Kau ingat aku nie dah hilang akal nak rosakkan anak murid sendiri? Aku waras lagilah!” suka-suki dia aje nak tuduh aku macam tue sekali! Muka alim macam aku nie, dia nak tuduh aku macam tu?
Laila terus kaku macam tunggul kayu di tempatnya. Suku inci pun tak bergerak. Bengong punya ustaz! Dahlah suruh aku keluar dengan dia. Lepas tu suruh pakai baju macam ni. Sekarang, suka-suki suku mak dia aje nak peluk-peluk aku macam nie? Ada yang balik kena pelangkong jugak ustaz aku nie nanti!!!

“AWAK jangan ingkar dengan cakap saya, Laila! Kalau tak, besok markah untuk trial awak tu, 000%! Awak nak?” Iskandar terus menggertak. Alah, dengan siapa lagi aku nak mintak tolong? Najwa? Dia demam panas! Takkan si Armand sengal otak tiga suku tu?! Tak pasal-pasal aku kene ejek jugak nanti!
“Tapi...”
“Cepat pakai baju nie!” Iskandar menghulurkan sebuah plastik kepadanya. Laila merenung Iskandar. Nasib baik aku manusia. Kalau hariamu, aku baham dia nie, seminggu tak makan pun tak apa!
“Ustaz nak suruh saya pakai depan ustaz? Maksud saya... salin baju depan ustaz?” Bangang kea pa ustaz aku nie? Dah tak ingat dosa pahal agaknya?
“Awak ni bangang kuasa sejuta jugak ek? Pergilah tandas! Saya tunggu kat luar tandas! Tapi... kalau awak nak salin depan saya pun, apa salahnya! Lagipun kan, saya pernah dengar budak-budak pompuan citer yang tandas kat hujung tu berhantu!” Iskandar sengaja mereka cerita yang tak ada.
Baju apa nie? Dijeling tubuhnya di cermin tandas. Shirt tak berlengan warna pink! Dah macam singlet aje! Jeans paras tiga suku! Rambutnya diikat kuda dengan kemas. Siap. Terus dia keluar dair tandas.
“Ustaz...” Laila menundukkan wajah. Bila Iskandar berpaling...
“Wow... it’s so beautiful”. Pantas tangannya menarik Laila. Dengan langkah pantas, mereka berdua melangkah ke BMW M6 Coupe merun metallic.
“Kita nak ke mana ustaz?” Laila macam nak nangis.
“Awak diam aje! Jangan banyak cakap. Saya nak jumpa kawan-kawan saya kat bistro. Saya nak bila depan mereka... awak panggil saya... abang. Boleh?”
“Hah?” Laila terasa macam tercekik kulit durian! Mencucuk-cucuk dinding tekaknya!
“Tolong amekkan jaket hitam abang kat belakang, sayang!” sengaja Iskadar menyebut begitu! Laila terasa badannya macam kena langgar dek landak! Durinya mencucuk-cucuk badanku!

CSU 3

CINTA SEORANG USTAZ 3

“SEDAPNYA lauk Mak Jah buat hari ni!” tertelan-telan air liur Iskandar melihat masakan Mak Jah. Sambal petai udang dan sup sayur yang dicampur berbagai jenis cendawan. Air liurnya terasa meleleh bila melihat pucuk pegaga, ulam raja, daun selom. Tanpa menunggu setengah saat, dia mahu mengambil pinggan tapi tangannya dibantai oleh Datuk Alexander.
“Kau ingat kau tu anak raja? Nak mencekik makanan ni semua sorang-sorang?” Daddynya memerli. Iskandar menarik muka masam.
“Tunggu Mak Jah dengan mummy siapkan hidangan dulu. Lepas tu baru makan.” Iskandar hanya mengangguk akur.

“IS, daddy ingat daddy ada nak kasikan kau sesuatu sempena hari jadi kau esok.” Ujar Datuk Alexander setelah meneguk sedikit air ribena. Iskandar terus menyuap nasi ke mulutnya bagai tak makan 1000 tahun. Habis semua ulam-ulam dimakan bagai kambing meragut rumput. Langsung dia tak mempedulikan kata-kata daddynya. Mak Jah yang sedang meneguk air suam menggeleng perlahan.
Tambah lagi! Bulat mata Datuk Alexander melihat Iskandar menyenduk dua senduk nasi ke pinggannya. Trip ketiga dah ni!
“Kau dengar tak daddy cakap tadi?” Tanya Datuk Alexander apabila melihat Iskandar masih dengan makanannya.
“Abang takkan tak tahu anak abang yang sorang ni? Kalau makan, laparnya macam 1000 tahun tak jumpa makan!” perli Datin Aminah. Suaminya memandang mak Jah.
“Kak, lain kali kalau nak masak, tak payah masak sesedaplah. Kesian tengok ada orang tu makan macam kebulur sangat!” Datin Aminah dan Mak Jah tergelak bila Datuk Alexander terus mengutuk Iskandar.

“KAU nampak tak apa yang aku nampak, Laila?” Tanya Najwa ketika dia membelek sebotol syampu di pasaraya Tesco. Laila menggeleng.
“Kau pusingkan kepala kau ke kiri.” Arah Najwa. Laila hanya mengikut. Ya Allah, ustaz aku ke ni? Laila melihat tangan kiri Iskandar sedap melingkari pinggang Sandra yang sedang membelek beberapa helai baju tiub. Melihat Iskandar mahu memusingkan kepala, lekas-lekas dia menunduk.

“I rasa daddy I tu dah gila tau. You tahu tak, dia tak kasi kita kahwin?” Sandra terus memandang Iskandar. Tak bagi kahwin? Macam mana ni???
“You cakap betul-betul sayang! I dah tak sedap hati ni.”
“Betul, I tak tipu. Dia cakap, kalau dia tahu I ada pasang niat nak kahwin dengan you, lebih baik dia bunuh diri.” Terkejut Sandra. Otak Datuk Alexander tu dah kena baham dengan zombi ke?
‘Apa hadiahnya daddy?’
‘Hadiah tu akan menjadi sah sepenuhnya milik kau pada 22/2/2012 kalau kau ikut apa yang daddy minta.’
Besar sangat ke hadiah tu? Betul-betul genap umur 30 tahun baru aku dapat. Pandai daddy aku mengira. Tapi hadiah apa? Iskandar merenung Datuk Alexander. ‘Daddy nak apa?’
‘Daddy nak kau cari wanita bertudung dan daddy bagi tempoh hingga tarikh lahir kau tahun depan. Lepas tu, kahwin. Tahun seterusnya, daddy akan berikan hadiah tu. Lepas dapat hadiah tu, masih ada lagi satu benda yang daddy minta.’ Apalah daddy aku ni, banyak sangat permintaan. Macam ajal dia nak tiba lagi setengah saat je!
‘Apa bendanya?’ daddy ni nak buat treasure hunt ke? Betul-betul rahsia ni.
‘Tunggu.’ Iskandar masih teringat perbualan dengan daddynya tengah hari semalam.
TO:
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN DATUK ALEXANDER AL-HAFIZ
GURU AGAMA
SMK TAMAN INDAH

“Kau ada nampak sesiapa letak surat ni atas meja aku, Fiz?” CIkgu Hafizuddin menggeleng. Dengan penuh debaran, dia membukan sampul surat tersebut. Dia menarik isinya. Iskandar menepuk dahi. Ini gambar aku keluar dengan Sandra semalam! Siapa yang amek ni?!
Iskandar menepuk dahi. Siapa pulak yang intip aku ni? Di celah-celah gambar tu, ada sekeping surat. Pantas tangannya mengambil surat yang dilipat ala-ala sampan dan membacanya:

Assalamualaikum…

Tak sangka seorang ustaz boleh ada makwe begitu. Saya cuma nak ingatkan sesuatu. Tolong pulangkan barang saya dalam masa tiga hari dari tarikh surat ni. Letakkan saja barang-barang saya di meja sudut Nilam dalam kelas 5 Emas. Jika tak, gambar –gambar nie akan sampai ke Datuk Alexander.

21/2/2010 L.M.L

Siapa pulak yang main ugut-ugut nie? Jari telunjuk kanannya mengurut-urut side burn yang panjang hingga bawah telinga. Bosan mengurut, rambut pendeknya ala-ala Fabio Cannavaro diramas lembut. Dia pernah mendengar ada pelajar-pelajar yang menggelarnya ‘kembar Fabio Cannavaro’
Direnung lagi surat tersebut. Kenapa tulisan ni macam aku pernah kenal ye? Puas Iskandar memikirkan tulisan siapa. Direnung lagi dan lagi surat itu. L.M.L? Siapa ek?
‘Kalau ustaz tak bagi buku saya dalam waktu terdekat ni, tahulah saya nak buat apa.’ Suara Laila masih berlalu-lintas di telinganya. Laila? Pantas tangannya mengambil buku latihan agama kelasnya dan mencari nama Laila. Jumpa! Terus diselak sehelai demi sehelai buku latihan Laila. Ya Allah, harap muka aje cantik. Tulisan… Iskandar menggeleng kepala. Kejap condong ke kiri. Esok senget ke kanan. Lusa satu-satu macam budak darjah satu! Tulat, bulat-bulat macam orang rabun dekat! Langkat, dah ala-ala doctor pulak! Dibandingkan betul-betul dengan surat yang diterima dengan semua jenis tulisan Laila. Akhirnya…
This is it ohh… I finally found someone… eh, boleh plak berangan jadi Bryan Adams sekejap!
Someone yang nak main-main dengan aku!!! Nanti kau!

“CEPATLAH Laila!” Najwa menarik tangan Laila apabila melihat kelas mereka kosong. Laila menoleh ke kiri dan ke kanan.
“Aku takutlah, Najwa!” Laila teragak-agak. Najwa menepuk dahi.
“Eh bangang! Kau yang buat rancangan ni, kau balik yang takut eh!” bulat mata Liala mendengar gelaran baru untuk dirinya.
“Sampai hati kau cakap aku bangang!” Laila merajuk. Najwa tak peduli.
“Aku dahlah mengantuk! Kau suruh aku temankan, aku sanggup kena tinggal bas sampai pukul 3 tau! Cepat!” Najwa terus menarik lengan Laila dan menuju ke sudut nilam. Cepat-cepat diambil novel sastera Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said. Bila mereka berpaling…

CSU 2

CINTA SEORANG USTAZ 2

DI SEKOLAH

ISKANDAR sedang mengetuai bacaan Yasin di Dewan Utama untuk Ustaz Zakaria yang koma tiga minggu lepas kerana kemalangan. “Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah Ustaz Zakaria. Kau berikanlah semangat di dalam dirinya untuk melawan kesakitannya. Sesungguhnya kami sedar itu semua adalah ujian dari-Mu untuk memantapkan iman kami kepada-Mu. Kau tabahkanlah hati-hati kami terutamanya ahli keluarga Ustaz Zakaria dalam menempuhi ujian-Mu ini. Sesungguhnya, kami redha dengan segala qada’ dan qadar-Mu.” Itulah antara doa yang dibacakan oleh Iskandar.

“KAU ingat, aku ni gila kuasa sangat ke? Dah Tuan Pengetua suruh aku lead bacaan Yasin, aku ikut ajelah!” Iskandar tahu ada mulut-mulut jahat yang mengata dirinya.
“Eeii.. kalau ye pun kau marah group cikgu perempuan tu, janganlah kau lepaskan api panas kau tu kat aku! Bukan aku yang mengata kau!” Sebulan mengenali Iskandar, Cikgu Hafizuddin faham dengan perangai Iskandar yang cepat saja datang ribut taufan. Seminggu pun belum tentu hilang!
Masih berdesir di telinga Iskandar mulut-mulut burung murai group cikgu perempuan tu tadi. Hebatnya diorang mengata, sampai aku lalu belakang diorang pun boleh tak perasan! Nak kata aku halimunan, diorang Nampak aku masa baca Yasin tadi!
Diorang punya kusyuk mendengar Cikgu Ainah berkhutbah tentang dirinya mengalahkan kusyuk mendegar imam berkhutbah waktu sembahyang raya!
“Eei, kau tahu tak, menyampah aku tengok si Is tu. Dia ingat dia bagus sangat? Baca Yasin tak tengok Yasin konon? Dia pikir dia budak tahfiz, banyak pandai dia tu!”
“Aalah.... aku rasa dia ni guna-gunakan Tuan Pengetua kot untuk ketuai bacaan Yasin tu? Kau tengoklah, sejak dia masuk sekolah ni bulan lepas, Tuan Pengetua tu datangkan menurut aje cakap dia! Lepas tu kau tengokklah, naik kereta mewah-mewah, entah mana dapat duit banyak agaknya, tak tahulah aku! Entah-entah, dia dapat rasuah agaknya!” mulut-mulut yang langsung takde insurans!
“Diaorang siap tuduh aku ni dapat rasuah! Nasib baik diorang tu semua tu betina! Kalau jantan, aku panggil je geng mafia kawan aku belasah diorang! Sampai hilang kaki tangan sume. Lepas tu, tulang-tulang diorang aku sedekahkan kat anjing-anjing gila tepi jalan!” ribut taufannya masih belum hilang.
“Dahlah tu. Kau ni kalau tengah marah, kau punya ayat tu tak rupa ustaz langsung! Kalah Ketua Setan! Aku confirm kalau Persatuan Setan Sedunia ada Perhimpunan Agung, kau mesti boleh jadi Presiden tau. Lepas tu, ATSS pun mesti setia pada kau, ikut je apa arahan kau!”
“Apa bendanya ATSS tu? Dari aku kecil macam kereta mainan sampai besar panjang macam limosin BMW, tak pernah pun dia lalu kat telinga aku ni!”
“ATSS tue... Angkatan Tentera Setan Sedunia!” jawab Cikgu Hafizuddin. Iskandar mencebik. Nak kenakan akulah tue!
“Kalau nak diikut rasa hati, nak aje aku simenkan semua mulut-mulut diorang! Harap muka aje lawa, perangai macam air sungai. Bukan main keroh lagi!” Iskandar tetap berkicau-kicau bagai murai tercabut ekor.
Ya Allah dia ni! “Is, sudah-sudahlah. Mulut kau pun dah macam group cikgu-cikgu perempuan tu jugak! Berkicau-kicau mengalahkan burung kakak tua! Sudahlah, aku blah dulu!” lelaki berusia 32 tahun itu berdiri.
“Kau nak ke mana Fiz? Lepaklah dulu dengan aku. Banyak benda yang aku nak cakap pasal group cikgu perempuan tu!”

“Aku ada kelas Sejarahlah. Kau ingat, aku nak dengar ceramah kau! Kalau tak puas hati sangat, kau pergilah ceramah kat group cikgu perempuan tu. Aku gerenti, esok mulut diorang mesti macam kena gam gajah! Tak boleh nak bukak langsung!”

.............................................

HAJAH MUNAH sedang mengangkat kain ketika Laila tiba di halaman.
“Lambat kau balik, Laila?” naik di beranda, Hajah Munah terus melipat baju.
“Ada sukan tadi, mak. Tu yang penat tu. semalam kan Laila dah cakap dengan mak.” Lepas meletakkan kasut di rak, terus dia masuk ke dalam biliknya.
Habis melipat, Hajah Munah termenung mengenangkan Zulkarnain. Manalah kau, Zul? Dah 20 tahun kita tak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa ialah beberapa bulan selepas Pengisytiharan Kemerdekaan. Masih tersemat di benak Hajah Munah bagaimana Zulkarnain yang kelam-kabut terlanggar adik angkatnya, Aminah.
.................................
53 TAHUN LALU

“MANA Brown?” soal Michael Chris, ketua Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British kepada semua anak buahnya. Masing-masing mengangkat bahu.

“KAK MUNAH, kita duduk depan tu, nampak jelas sikit muka Tunku Abdul Rahman.” Ajak Aminah. Munah setuju saja. Ketika mereka berjalan untuk ke hadapan, tiba-tiba seorang pemuda orang putih melanggar Aminah. Akibatnya, wanita berusia 15 tahun itu terjatuh. Brown segera memandang wanita yang dilanggarnya.
“Maaf adik, ssaya tak sengaja.” Brown memohon maaf kepada Aminah dengan slanga British.
“Adik ada luka-luka tak?” soalnya lagi. Laju Aminah menggeleng. Munah memandang lelaki itu.
“Jangan berani-berani nak sentuh kami!” Munah memberi amaran keras sambil menepis tangan Brown. Dia ingat akan pesan emaknya. ‘Orang putih memang baik dari orang Jepun tapi kita tak tahu hati budi mereka. Jadi, kena sentiasa berjaga-jaga.’ Lelaki berusia 20 tahun itu terkejut. Namun mata nakal lelakinya sempat menjamah wajah Aminah yang putih bersih.
Beberapa bulan kemudian, Aminah terserempak dengan Brown ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupunya, seorang anggota polis.
“Awaks buat apas di sini?” soal Brown. Aminah dan Munah terkejut.
“Oh... encik ni yang langgar saya masa tu kan?” Brown mengangguk mengiakan.
“Sebenarnya, lelaki yang kahwin tu, Ahmad... sepupu saya.” Jawab Aminah.
“Ohh... begitu. Ssaya kenal Ahmad ketika dia cedera terkena peluru sesats rakan saya.” Brown memberitahu tanpa ditanya. Pertemuan kali kedua membuatkan Brown terkifir dengan sangat yakin bahawa Aminah memang tercipta untuknya.

“MAK dah sampai Mekah ke?” soal Laila yang mahu mengangkat baju yang sudah dilipat.
“Hisy, kamu ni Laila... suka sangat memerli mak begitu!” terus Hajah Munah memuncung. Laila tahu emaknya saja-saja mengajuk.
“Mak, sedar-sedarlah sikit diri tu. Kalau budak-budak muncung macam tu, cantik. Nak jugak Laila tengok. Ni, dah tua! Mat Lampir pun kalah!” Laila terus-terusan mengusik emaknya dnegan bersahaja.
Agak kurang ajar bahasa anak aku ni! “Yelah... yelah... mak sedar diri. Orang dah tak pedulikan kita, sebab tulah dia mengutuk begitu.
“Alah mak ni, Laila gurau jelah!” akhirnya Laila dan Hajah Munah tergelak.

Cinta Seorang Ustaz CSU - 1

CINTA SEORANG USTAZ 1

"HAM, dah 4 pagi ni, jomlah balik." ujar Iskandar kepada sahabat baiknya, Hamka. Iskandar melihat teman wanitanya, Sandra sedang menyanyi sambil dikelilingi penari-penari seksi. Mata Iskandar sempat mengelilingi kelab malam itu. Habis menyanyi, Sandra terus turun apabila melihat teman lelakinya ingin pergi dari situ. "Sayang, you dah nak balik ke?" "Yelah." Iskandar memeluk lengan Sandra.Hamka sudah berdiri sambil meraih pinggang teman wanitanya, Isha. "Awalnya." "Esok I kena datang awal, faham tak?" Iskandar menjerit sedikit kerana bunyi muzik yang kuat. Sandra mengangguk faham.

...........................................
DI SEKOLAH

"MANA agaknya Ustaz Zulkarnain ni? Dah pukul 8.00 tak masuk-masuk lagi." Laila mengadu kepada rakan baiknya, Najwa. kawannya hanya mengangkat bahu. Atas rasa tanggungjawab sebagai penolong ketua kelas, dia menarik tangan Najwa untuk ke bilik guru. "Kau nak bawak aku ke mana ni, Laila?" soal Najwa. "Kita pergi bilik guru, jumpa ustaz." "Kenapa pulak kau nak sibuk-sibuk? Si Armand tu ada, biar dia ajelah yang panggil. Lagipun apa guna dia jadi ketua kelas?"
Najwa membantah. dia mahu tidur. Mengantuknya masih ada."Sebab si Armand tak datang dan ustaz tu masuk lambatlah aku pergi panggil dia! Kau ingat aku rajin nak menjemput ustaz kesayangan kau tu?"

"DIA MC kot?" Najwa bersuara apabila melihat meja Ustaz Zulkarnain masih kosong. Laila menggeleng. matanya liar mencari Ustaz Zulkarnain di bilik itu. Seorang guru tiba-tiba mendekati mereka. "Awak cari ustaz ke?" Mereka berdua mengangguk. "Dia ada dalam bilik tu. Pergilah kejut." Laju langkah mereka ke situ. Dilihatnya Ustaz Zulkarnain masik nyenyak tidur di sofa one seat."Ustaz, ustaz." perlahan-lahan Laila menggoyangkan bahu Ustaz Zulkarnain. Tiada respon. Laila dan Najwa saling berpandangan. Sekali lagi bahu lelaki berusia 28 tahun itu digoyangkan. Masih sama. Najwa sempat merenung muka ustaznya yang iras-iras Fabio Cannavaro, pemain bolasepak Itali. "Ustaz Iskandar Zulkarnain Datuk Alexander Al-Hafiz!" Laila dan Najwa menjerit nama penuh ustaz mereka. Terkocoh-kocoh lelaki itu bangun. Rambutnya yang pendek kelihatan serabut. "Ada apa?" Ustaz Zulkarnain menggosok-gosok matanya. Serta merta hilang ngantuknya. "Kenapa ustaz tak masuk kelas? Dah dekat 8.15! Nanti kalau Pengetua round, bila tanya kenapa tak ada cikgu, apa kitaorang nak jawab?" Laila menjawab. Ustaz Zulkarnain bingkas bangun dan keluar dari bilik rehat dan mengambil begnya di atas meja.

"BAIKLAH, ada apa-apa soalan yang kamu semua nak tanya tentang perkahwinan?" soalnya kepada semua pelajar. Rata-rata menggeleng. Lagu Someday nyanyian Flipsyde bergema di atas meja Laila. Dia menjeling sekilas handset Sony Ericsson Zylo. Gambar seorang wanita berbaju tiub bertali halus dan berambut panjang. Makwe dia ke? Ya ALLAH? Tingginya taste!Terpampang nama 'Sandra Sayang'. Pantas Ustaz Zulkarnain menjawabnya. "Kelab malam? Bila? Malam ni?" walaupun perlahan namun Laila dapat mendengar butir percakapannya. "Okey. You tunggu kat apartmen, 8.30 I ambil."


“SAYANG, marilah menari.” Ajak Sandra. Iskandar hanya mengikut rentak kaki wanita itu. Aku dahlah malas nak menari malam ni. Tapi takpe, awek aku punya pasal, aku sanggup! Mereka menari mengikut rentak yang rancak. Setelah terkinja-kinja lebih kurang setengah jam, mereka duduk dan memesan empat gelas jus oren.
“Sekejap je kau menari Is? Biasanya muka kaulah yang menari paling lama. Tahan berjam-jam. Kadang-kadang sampai boleh bertukar sepuluh perempuan! Apa dah jadi dengan kau malam ni?” Tanya Hamka setelah meneguk jus oren.
“Aku letihlah. Biasa aku balik kerja pukul 3 petang. Ni tak pasal-pasal sampai pukul 7 petang baru daddy aku nampak muka aku!” Iskandar mengeluh perlahan.
“Kenapa?”
“Cikgu-cikgu ni semualah! Ada meeting. Kata sampai pukul 3.30 je. Ni melarat-larat sampai sampai nak dekat 6.30! Tension aku!” Iskandar rasa mahu ditelan saja semua cikgu semasa mesyuarat tadi. Dah kata Hari Sukan sekolah akan diadakan pada hujung bulan tiga. ¾ dari
semua cikgu yang ada kat situ membantah. Mereka kata awal sangat. Penat Pengetua cakap yang dia tak mahu ganggu pelajar bila dah hujung bulan empat. Tapi ada juga yang nak buat awal bulan lima. Melantun-lantun pulak tu degilnya!

......................................................
DI VILLA JANNAH

DATUK ALEXANDER tamat menunaikan solat Sunat Tahajjud ketika anaknya memarkir kereta. Mendengar pintu besi dibuka, dia bergegas turun dan sengaja berdiri dalam gelap di hujung tangga. Ketika Iskandar mahu memanjat anak tangga...
“Kau baru balik ya Is?” oleh kerana terlalu terperanjat, Iskandar terlentang di atas lantai
“Daddy ni? Buat terkejut Is aje!” ujarnya bila Datuk Alexander sudah buka lampu. Iskandar masih mengurut-ngurut dada.
“Mari sini, ikut daddy duduk kat sofa tu kejap. Ada benda daddy nak cakap ni.” Datuk Alexander terus menarik lengan anaknya.
Mereka duduk bertentangan. Si Is ni nak kena dengan aku! “Mana kau pergi ni! Dah nak pukul 4 pagi baru cari katil! Mana kau pergi?” mata Datuk Alexander sudah bulat memandang anaknya.
Iskandar terketar-ketar. Apa jawapan aku nak kasi ni? Dia terus menundukkan kepala.
“Is pergi parti kat rumah kawan. 3.30 baru habis.”
“Parti kat rumah kawan atau kat kelab malam?” jerkah daddynya. Iskandar terkedu.
“Jangan ingat daddy tak tahu mana Is pergi! Ingat, awak tu guru sekolah. Ustaz pulak tu. Budak tahfiz lagi! Cuba jangan malukan daddy dengan mummy.”
“Alah, Is saja je lepak-lepak kat situ. Nak release tension. Bukannya buat apapun.” Iskandar mempertahankan diri. Datuk Alexander automatik bangun! Budak ni aku tampar jugak nanti! Tangannya sudah terketar-ketar menahan marah.
“Dan lagi satu, jangan ingat daddy tak tahu siapa buah hati Is! Kalau budak macam tu nak dijadikan bini, baik tak usah! Lebih baik daddy bunuh diri kalau daddy dapat tahu kau ada pasang niat nak kahwin dengan dia!” Iskandar terkejut.
“Daddy, takkanlah sampai macam tu sekali daddy bencikan Sandra?” Alamak, mana orang tua ni tahu semua ni?