Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada followers dan para pembaca. oleh kerana terdapat masalah teknikal yang begitu serius ketika mengendalikan blog ini, saya terpaksa menukar kepada blog lain iaitu:
natureinthelife.blogspot.com.
blog ini masih belum dipadam tetapi saya tidak akan membuat post baru di dalam blog ini lagi. saya akan terus post pada naterinthelife.blogspot.com. segala kesulitan amatlah dikesali.
Aku dah keliru dengan hidup aku. AKu dah susah untuk percaya dengan semua orang. Aku hanya ingin berpaut semula pada tali ALLAH. Aku hanya ingin memohon kepadaNYA agar dia menunjukkan hikmah di sebalik semua yang terjadi dalam hidupku.
Tuesday, October 12, 2010
Sunday, October 10, 2010
HOME OF CSU
HOME OF CSU

SANDRA
DATUK ALEXANDER BROWN
DATIN AMINAH
USTAZ ISKANDAR ZULKARNAIN AL-HAFIZ
NATASHA
SIMON BROWN
WILLIAM BROWN

MARGARET BROWN
LAILA
NAJWA
SANDRA
Friday, October 8, 2010
WUC 2
WAKE UP CALL 2
FAHEM masih merenung malam yang pekat dari balkoni. Empat orang bodyguardnya sentiasa berjaga empat penjuru di balkoni itu. Hidup Fahem sebagai seorang mafia memang banyak musuh. Pagi tadi sebelum keluar dari kelas Zariff, dia sempat mengambil gambar Nur Syuhadah secara curi-curi. Dia ingin sangat mengetahui siapakah wanita itu yang sebenar. Rupanya saling tak tumpah dengan Nur Sumayyah, kekasih yang ditembak oleh ejen Mossad.
“Zaki, mari sekejap.” Laungnya dari luar. Zaki cepat menuju kepadanya. Dia menghantar gambar tersebut ke telefon bimbit Zaki.
“Ada apa tuan?” soal Zaki.
“Buka handset kau. Aku ada hantar gambar sorang perempuan. Aku nak, kau intip dia dan cari maklumat mengenai diri dia dan keluarga dia. Cari dia asal dari mana, belajar kat mana, dan semua tentang dirinya.” Tegas Fahem memberi arahan. Tanpa banyak cakap, Zaki patuh.
“Kau boleh mula esok.” Tambah Fahem apabila dia melihat Zaki tergesa-gesa mahu keluar. Ditolehkan kepalanya ke dalam. Fiona masih menonton tv. Di waktu begini, Fahem lebih suka duduk dibalkoni sambil dikawal rapi oleh bodyguard-bodyguardnya. Jika Fiona mahu, dia akan meminta awal. Dan Fiona tahu seleranya. Bila mereka bersama, Fiona akan menaikkan berahinya dengan menonton filem-filem lucah di tv.
Sungguh, Fahem tak mengerti apa yang terjadi dengan dirinya. Semasa kecinya, dia bukan tak diberi didikan agama. Jika dia atau adik-adiknya tak datang sekolah kerana sakit dan kebetulan hari itu ada subjek agama, daddynya aklan memeanggil ustaz berkenaan datang ke rumahnya. Ajarkan kepada mereka apa yang diajarkan di sekolah hari itu.
“Sayang…” Fiona berjalan menuju kepadanya. Dia terus duduk di atas riba Fahem.
“Kenapa dengan you ni. Dari petang tadi sampai sekarang, I tengok you asyik termenung. Kenapa?” Fahem mengangkat bahu. Dia tidak mahu Fiona tahu dia sedang memikirkan seorang wanita ketika ini. Jika tak, akan meletuslah World War III.
“You kata you nak bawa I bercuti. Bila?” jari Fiona terus berdansa di muka Fahem.
“Tengoklah, lepas sebulan daddy dengan mummy I balik, nanti I bawaklah.” Jawab Fahem sambil menyalakan hujung rokok. Dia sebenarnya lemas jika Fiona datang kepadanya ketika dia sedang memikirkan sesuatu. Merokok adalah salah satu cara psikologi untuk menghalau wanita itu. Fiona benci dengan asap rokok. Pantas dia bangun. Namun tangan kirinya pantas menampar manja pipi Fahem.
“Nak halau I lah tue!” Fahem hanya menyoroti lenggok wanita itu dengan matanya.
“ANTARA maklumat yang saya dapat, ayah wanita tersebut sebenarnya ialah seorang bekas pegawai polis. Bersara saja, dia menjadi agen MIA.” Zaki menyerahkan gambar seorang lelaki segak beruniform ASP. Fahem meneliti gambar tersebut.
“Tak nampak tua pun ayah dia? Takkanlah macam ni punya muda, umur dah 56?” soal Fahem.
“Sebenarnya dia yang mintak bersara awal. Salah seorang bekas ketuanya dulu sekarang ni dah jadi ejen MIA juga. Oleh sebab masa dia dalam pasukan undercover, dia antara penyamar terbaik, jadi bekas ketua dia rekomenkan dia pada orang atasan MIA. Umur dia sekitar 45 tahun.” Jawab Zaki.
Diteliti lagi gambar tersebut. Macam pernah tengok saja muka polis ni? Gambar tersebut disimpan. Dia tahu, Zaki mesti ada yang lain. Sekurang-kurangnya, fotostat hitam putih.
“Awak cari lagi maklumat mengenai lelaki ni. Dapat saja, terus bagi pada saya.” Arah Fahem.
“KENAPA tak balik lagi, Zariff?” soal Nur Syuhadah ketika dia melalui sebuah wakaf. Kelihatan Zariff sedang meneguk air gas Sarsi.
“Saya takutlah cikgu.” Ujarnya perlahan. Nur Syuhadah ikut gelak.
“Kenapa pulak nak takut? Awak kan lelaki. Apa yang nak ditakutkan?” Nur Syuhadah merenung lagi muka itu.
“Saya nampak ada kumpulan gangster kat luar tu. Saya takut kalau diorang apa-apakan saya.” Zariff terus menundukkan muka. Nur Syuhadah tergelak sambil menggelengkan kepala.
“Zariff... Zariff... kalau awak tak kacau mereka, mereka takkan kacau awak.”
“Cikgu tak faham. Sebenarnya, abang saya yang datang hari tu, dia mafia. Saya takut kalau kumpulan tu musuh dia.” Terkejut juga Nur Syuhadah.
“Takkanlah abang awak yang baik tu, mafia?” Nur Syuhadah inginkan kepastian.
Zariff memandang cikgu kelasnya. “ Cikgu, budak bodoh kalau sekali imbas dia pandnag abang saya tu pun, tentu dia dapat agak yang abang saya orang jahat.”
“Kalau macam tu, awak telefonlah abang awak, biar dia yang ambil awak.”
“Saya dah telefon tapi dia tak angkat!” Nur Syuhadah mengeluarkan Sony Ericcson Aino berwarna hitam dan dihulurkan kepada Zariff.
“Awak tekan nombor telfon abang awak dan biar saya yang bercakap.” Zariff setuju. 019-6554330. Bila mendengar Caller Ringtone ‘What I’ve Done’ nyanyian Linkin Park, terus diserahakn kepada cikgunya.
“Assalamualaukum, Encik Fahem. Saya Nur Syuhadah, cikgu kelas Zariff Izuddin.
“Waalaikumsalam. Ada apa cikgu?” soal Fahem.
“Sebenarnya macam ni. Zariff nak balik tapi dia takut. Katanya ada kumpulan gangster kat depan sekolah. Dia takut kalau kumpulan tu apa-apakan dia. Jadi saya mintak...”
“Cikgu cakap dengan dia, kejap lagi saya sampai. Sebenarnya, saya jumpa klien saya tadi.”
“TERIMA kasih sebab sudi temankan adik saya.” Ucap Fahem. Zariff juga mengucapkan terima kasihn kepada Nur Syuhadah. Sekilas, Fahem memandang geng tersebut. Dia tahu itu geng siapa. Dia malas mahu layan. Setakat ikan bilis yang begitu, dia tak heran. Dia nakkan ikan paus yang di atas mereka. Bila yang di atas sudah dibunuh, yang dibawah sudah kucar-kacir.
“Sama-sama.” Jawab Nur Syuhadah.
“Memang pagi tadi saya dah janji nak mabil dia. Driver daddy saya tak sihat. Tu yang saya suruh dia rehat hari ni. Tengah hari tadi, saya jumpa klien sampai terlupa yang Zariff balik pukul dua.” Fahem memberitahu. Nur Syuhadah baru tahu. Ingatkan dia sengaja lambat.
“Kami balik dulu, cikgu.” Pantas Zariff meloloskan diri ke dalam kereta.
“ABANG dengan Kak Fiano kan? Duga Zariff. Jelingan tajam Fahem membuatkan dia terdiam.
“Aah... abang memang dengan dia kat kondo tadi. Terlupa pulak nak amek kau. Bila cikgu kau telefon, abang baru teringat.” Dua orang bodyguardnya terus senyap di hadapan.
“Lepas ni, bodyguard abang akan amek kau. Paaki kereta ni. Tapi teelfon dulu. Kau kan dah nak PMR. Takut kau balik lambat ke, apa ke!” kereta Fahem terus laju meluncur di atas jalanraya.
NUR SYUHADAH tiba di rumah sekitar 6.00 petang. Keluar dari sekolah, dia ke JJ sekejap. Membeli beberapa helai pakaian. Tiba di rumah, dia melihat emaknya sedang mengiringi ayahnya ke kereta Nissan X-Trail.
“Ayah out-station lagi ke?” soal Nur Syuhadah setelah bersalaman dengan ibu bapanya. Ayahnya mengangguk.
“Berapa lama pulak kali ni?” dia menjeing dua buah bagasi besar milik ayahnya.
“Adalah dalam empat bulan. Itupun bergantung pada keadaan.” Jawab ayahnya.
“Kali ni ayah ke mana pulak?”tanya Nur Syuhadah lagi.
“Indonesia.” Emaknya hanya melihat dua beranak itu bersoal-jawab.
“Ayah nak siasat kes apa pulak?” desak Nur Syuhadah. Emak dan ayahnya sudah tergelak.
“Ayah mana boleh beritahu butir-butir kerja ayah. Nanti kalau kamu bocorkan pada orang lain, macam mana? Ni etika kerja tau!” ayahnya masih tergelak lagi. Nur Syuhadah memuncung. Emak dan ayahnya saling berpeluk tangan. Hanya Nur Syuhadahlah buah hati mereka. Itulah buah hati, itulah penawar. Tidak sanggup dia melihat Nur Syuhadah berduka seperti suatu ketika dahulu. Dalam dia mereka berharap kejadian seperti itu takkan berulang.

CSU 12
CINTA SEORANG USTAZ 12
“KAU kena belajar untuk terima hakikat bahawa memang wanita itu tercipta untuk orang lain. Pakcik percaya, selama kau belajar di Maahad, kau telah didedahkan dengan hukum-hakam ALLAH, segala kehendak-NYA, takdir dalam kehidupan atau senang cakap, qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh-NYA. Sentiasa bersangka baiklah kepada ALLAH.” Haji Nik Majid menyudahkan ceramahnya kepada Iskandar. Sejak kematian abang iparnya Haji Abdullah Fahim, Haji Nik Majid terus saja memenuhi wasiat arwah supaya menjaga kakaknya. Oleh kerana rumahnya di Bachok terlalu jauh, kakaknya, Nik Safiah terus mengajaknya tinggal bersama. Hasil perkahwinan Nik Safiah dan Haji Abdullah Fahim, mereka dikurniakan dua orang anak. Kedua-duanya puteri. Nik Adelia dan Nik Khadijah.
Nasib baiklah Haji Nik Majid mempunyai isteri dan anak-anak yang memahami. Anaknya yang tua berusia 17 tahun. Nik Syakir dan dua lagi anaknya adalah Nik Mujahidin 15 tahun dan yang bongsu, Nik Aziz, 12 tahun. Salbiah faham, Haji Nik Majid terlalu menyayangi kakaknya kerana mereka hanya dua beradik. Lagipun, sejak kematian birasnya, Nik Safiah seperti hilang arah tetapi apabila mereka tinggal bersama, barulah semangat kakak iparnya kembali.
“MAKANLAH Is, jangan segan-segan.” Jemput Nik Haji Majid. Ketika Nik Adelia dan Nik Khadijah menghidangkan makanan, mata Iskandar tidak lepas dari memandang mereka dua beradik. Manis. Rupa mereka tidaklah putih melepak dan berkulit gebu seperti Sandra. Muka mereka bersih tanpa sebiji jerawat pun. Hatinya mula terpaut pada Nik Adelia yang berusia 25 tahun.
-Is, ingat! Awak tu baru kehilangan cinta! Jangan nak mengada-ngada pasang yang lain! Suara hatinya mengingatkan. Astaghfirullah-al-azim. Cepat dia beristighfar dalam hati.
-Jangan lupa awak tu dah minta tolong dengan Laila untuk berkahwin! Suara hatinya terus mengingatkan. Iskandar tersengih dalam hati. Baguslah hati aku ni! Boleh jadi PDA aku!
“Sedap nasi kerabu ni, makscik. Siapa yang masak?” Iskandar memuji. Pada mulanya memang kaum Hawa itu tidak mahu makan semeja dengannya. Sebagai menghargai penat lelah mereka memasak, Iskandar berkeras agar mereka semua makan bersama.
“Nik Adelia yang masok nasik tu. Bakpo??” tanya Nik Safiah.
“Sedap.” Selamba Iskandar menjawab. Hampir tersedak Nik Adelia mendengarnya. Pantas dia meneguk air.
“KAMU cuti ni, dah bagitahu pada Tuan Pengetua?” soal Haji Nik Majid ketika mereka sama-sama duduk di beranda sambil menghisap rokok. Iskandar mengaangguk. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
“Tuan Pengetua tu sebenarnya Pak Itam saya. Adik mummy saya. Tapi tu tak bermakna saya suka nak ambil kesempatan terhadap positionnya.” Jawab Iskandar. Haji Nik Majid mengangguk.
“Sekejap lagi boleh tak pakcik temankan saya ke kubur arwah abah?”
“Takut ke nak pergi kubur sorang-sorang?” Haji Nik Majid sengaja memerlinya. Eh orang tua ni! Dia ingat aku pengecut agaknya? Padahal memang takut pun. Hehehe… teringat dia bagaimana orang sekeliling kawasan itu memandang dirinya dengan pandangan aneh. Lagi satu sebab kerana kawasan perkuburan itu jauh dari rumah arwah abahnya. Jadi dia ingat tak ingat jalan menuju ke sana. Ketika Iskandar melunjurkan kakinya, dia terlihat Nik Adelia sedang menyiram pokok bunga manakala adiknya pula sedang menyapu daun-daun kering di lama. Tepat jam 9 pagi, Haji Nik Majid mengajaknya ke kebun. Dengan senang hati, dia mengikut langkah orang tua itu. Namun matanya tidka lepas dari memandang wajah Nik Adelia. Ada sesuatu pada wajah itu yang mengingatkannya kepada seseorang. Siapa agaknya?
SMK TAMAN INDAH
“BANGUN semua! Assalamualaikum cikgu.” Armand mengetuai ucapan salam sebelum pelajar lain mengikutnya.
“Waalaikumsalam. Murid-murid semua boleh duduk.” Cikgu Narita membalas salam mereka. Asyraf, kawan baik Armand menoleh ke kiri. Melihat jika kelibat yang dicari ada lalu di situ.
“Cikgu, Ustaz Iskandar Zulkarnain tak datang ke?” soalnya. Cikgu Narita menggeleng.
“Sebab itulah saya yang masuk kelas awak untuk gantikan dia. Hari Rabu baru dia datang semula.” Jawab Cikgu Narita.
“Jadi, saya nak awak semua senyap. Kalau nak buat perbincangan ke, homework awak ke, tolong perlahan-lahan. Jangan nak bising-bising.” Cikgu Narita terus saja menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai sejak dari pagi tadi. Laila dan Najwa terus mengeluarkan buku Add Maths untuk menyiapkan kerja rumah yang baru diberikan oleh Cikgu Mutu tadi.
“Kenapa bakal laki kau tu tak datang, Laila?” soal Najwa sambil mengeluarkan pen kilometrico hitamnya. Laila membulatkan biji matanya apabila memandang Najwa.
“Banyaklah kau punya bakal laki! Aku cucuk juga bijik mata kau dengan mata pen ni karang!” Laila pura-pura marah. Dia memandang kembali kerja rumahnya.
“Habis tu, kau dah beritahu mak kau tak yang ustaz nak ambil kau jadi bini dia?” soal Najwa. Laila mengeluh perlahan.
“Aku tak beritahu lagi pada mak aku. Lagipun, tinggal berapa bulan je lagi, kita nak SPM. SPM belum lagi, dah dilamar orang? Mahu mati terkejut jugak mak aku tu nanti! Orang mati terkejut sebab terkena serangan jantung. Ni, mak aku mati terkejut sebab anak dia kena lamar sebelum periksa!” sempat Laila membuat lawak. Najwa mencebik.
“Laila, kau perasan tak apa yang aku perasan?” Najwa mengalih topik. Laila merenungnya.
“Perasan apa?” soal Laila.
“Aku perhatikan, si Armand tiga suku tu macam ada hati aje dengan kau? Kau tak suka ke?” Najwa mula merepek bukan-bukan. Laila menjeling tajam. Setajam mata lembing hulubalang zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Kau jangan nak merepeklah! Setakat si Armand budak tiga suku yang anak emak tu, baik tak payah! Bila kita tegur dia, sikit-sikit ibu aku cikgu! Sikit-sikit ibu aku cikgu! Menyampah aku! Meluat betul!” merah menyala muka Laila apabila Najwa menimbulkan persoalan itu. Armand ada memberinya sepucuk surat dua minggu lepas. Tak silapnya, Najwa tidak hadir ke sekolah ketika itu kerana demam panas. Isi kandungannya ringkas. Armand mahu menjadikan dirinya sebagai teman wanitanya. Sehingga kini, isu surat tersebut masih belum dipanjangkan kepada Najwa. Tapi itu tak bermakna dia terus mahu merahsiakannya dari pengetahuan kawan baiknya itu. Dia cuma perlukan masa dan situasi yang sesuai untuk hal itu.
VILLA JANNAH
“TASHA tolong daddy di pejabat, boleh?” soal Datuk Alexander ketika mereka sedang makan malam bersama. Simon sepatutnya pulang hari ini namun batuk yang semakin melarat membuatkan Datuk Alexander terpaksa membatalkan tiket hari ini.
“Daddy, Tasha mana tahu nak buat semua kerja pejabat. Lagipun, Tasha kan baru habis belajar. Bagilah Tasha releasekan tension dulu.” Jawab Natasha sambil tersengih.
“Sebab tak tahu buatlah kena buat. Sampai bila Tasha nak duduk rumah? Kalau macam tu, apa guna daddy hantar Tasha belajar di Oxford? Nak habiskan duit daddy? Daddy tak peduli! Esok, siap awal pagi, ikut daddy ke pejabat.”
“Arahan ke permintaan, mummy?” Natasha memandang Datin Aminah. Mummynya menggeleng.

CSU 11
CINTA SEORANG USTAZ 11
SANDRA sudah bertekad. Dia akan meninggalkan Iskandar. Dia akan pergi jauh. Ke tempat yang mungkin lelaki itu tidak dapat jejakinya lagi. Sandra sedar, dia memang tidak layak untuk Iskandar setelah menegtahui status dirinya yang sebenar. Dia jadi malu. Malu pada diri sendiri… malu pada Iskandar yang datang dari susur galur yang baik. Dan lebih hina, dia terasa bahawa dirinya terlalu jijik dan kotor. Mana mungkin seorang ustaz mahu beristerikan wanita jijik sepertinya?
Dinihari yang dingin, buat pertama kali dalam hidup, Sandra bangun untuk menunaikan solat. Selama dia berkawan dengan Iskandar, lelaki itu lembut dalam menegurnya.Kata-katanya tidak sinis. Iskandar ada mengatakan bahawa arwah abah angkatnya yang banyak mengajarnya cara-cara berdakwah dengan lembut.
“Arwah abah I selalu cakap. Bila kita berdakwah, kita tak boleh terlalu berkeras dan memaksa. Malah, kita kena sentiasa berlembut. Walaupun diumpat keji, dihina orang, kita haruslah sentiasa tersenyum kepada mereka. Manalah tahu, bila kita sentiasa sedekahkan senyuman yang ikhlas, mungkin hati mereka cair dan seterusnya menerima dakwah kita.
Dan apabila kita nak menegur orang supaya meninggalkan sesuatu yang keji dan memulakan sesuatu yang baik, haruslah menggunakan pendekatan yang begitu juga. Contohnya, I nak berdakwah pada you supaya pakai pakaian yang lebih sopan. Takkanlah I nak terjerit sampai satu restoran dengar? ‘Sayang, I nak you pakai baju yang menutup aurat! I tak suka you pakai macam ni! Kalau tak, I telanjangkan you kat sini!’ Takkanlah I nak cakap macam tu? Tidakkah itu akan mengaibkan diri you? Itulah psikologi yang selalu diajar oleh arwah abah I masa I belajar di Kelantan dulu.”
Selesai bersolat Tahajjud, dia cuba melakukan Solat Sunat Taubat. Tiba-tiba terdetik sesuatu di hatinya. Macam mana nak lafaz niat? Mindanya terus teringat pesanan Mak Cik Esah yang menjaganya sejak dari kecil.
“Lafaz niat tu tak penting nak. Apa yang penting nawaitu kita dalam hati nak solat apa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.”
Selesai solat, dia mengambil muqaddam yang dibeli di Mydin MITC tadi. Merangkak-rangkak dia membaca satu-satu huruf. Sehingga mukasurat tiga, dia berhenti. Dia masih teringatkan Iskandar. Lelaki itu tidak pernah meninggalkan solat. Jika mereka merancang untuk keluar dari jam 11 pagi hingga 5 petang, lelaki itu tetap singgah di masjid atau surau di sepanjang perjalanan untuk mendirikan solat. Iskandar tidak lupa untuk mengajaknya sekali.
Bila dikatakan cuti, Iskandar hanya tersengih. Bila dikatakan dia tidak tahu niat untuk bersolat, Iskandar mengatakan bahawa niat dalam hati semasa takbiratul ihram itulah yang penting. Lafaz niat jika tidak tahu, mengapa. Tapi seelok-eloknya, tahulah. Bila dikatakan dia hanya berpakaian singkat, Iskandar terus mengambil beg kertas dari belakang dan menguhulurkannya.
“Dalam ni ada jubah warna hitam serta sehelai tudung. You sarung saja baju ni dalam kereta. Dan kemudian, you pergi ke tempat wudhuk wanita. Lepas berwudhuk, you terus naik dan solat.”
Sandra menangis. Air matanya deras menuruni pipi, bagaikan Angel Waterfalls di Venezuela. YA ALLAH, KAU berikanlah kepadaku kekuatan untuk melupakan lelaki sebaik Iskandar. Sesungguhnya, dia memang tidak layak untuk diriku yang kotor dan hina ini. Akhirnya, Sandra tertidur di atas sejadah permberian Iskandar dangan badan yang dibungkus sepasang telekung yang juga dihadiahkan oleh Iskandar.
VILLA JANNAH
SUDAH beberapa hari Datuk Alexander memerhatikan Iskandar. Jika dahulu, setiap hujung minggu saja, mesti anak lelakinya itu lesap. Pergi pagi. Petang baru pulang. Bila ditanya ke mana, katanya bermain tenis atau futsal bersama rakan-rakan lelaki. Tak pun menghabiskan masa bersama Sandra dengan berjalan-jalan di tepi pantai, window shopping di JJ atau melakukan aktiviti sukan bersama wanita itu di pagi hari.
Namun sejak seminggu ini, dia melihat Iskandar asyik termenung. Bila diajak makan, hanya dua tiga suap saja yang lepas ke dalam anak tekak. Biasanya, dialah orang yang paling lama menghadap makanan. Kadangkala makan nasi sampai dua tiga kali tambah tetapi badan begitu juga.
Datuk Alexander mula diterpa rasa bersalah. Ketika dia asyik menikmati air terjun buatan di laman rumahnya, Datin Aminah datang membawa sedulang jus oren.
“Kenapa bang?” tanya Datin Aminah. Selalunya selepas sembahyang subuh di hari minggu, suaminya akan tidur semula hingga 7.30 pagi dan akan bangun sambil berjalan di sekeliling taman. Jika rajin, Iskandar akan menemaninya berjogging di taman permainan berdekatan. Jika tak banyak halangan, dia juga akan mengikutnya. Naum hari ini, lepas saja sembahyang subuh sekitar 6.15, suaminya duduk termenung di wakaf yang dibina di hadapan air terjun buatan.
Datuk Alexander menarik nafas berat. “Abang risau tengok Is tu. Seminggu ni, dia asyik terperap saja dalam bilik. Dia macam nak jauhkan diri dari abang saja.” Jawab Datuk Alexander. Datin Aminah senyum. Ingatkan suaminya memikirkan hal dunia.
“Perasaan abang saja tu. Takkanlah dia sanggup buat begitu pada abang? Lagipun...”
“Kamu nak kemana tu, Is?” tanya Datuk Alexander apabila melihat Iskandar menjinjing beg sandang menuju ke BMW M6 Coupenya. Iskandar tetap kelihatan kacak walau hanya berseluar jeans putih dan bert-shirt hitam.
“Is nak ke rumah arwah abah. Tengoklah, dalam hari Selasa nanti Is baliklah.” Dia menapak ke wakaf dan menyalam mummy dan daddynya.
“Assalamualaikum.” Pantas kakinya menapak ke keretanya. Datuk Alexander dan DAtin Aminah saling berpandangan. Mereka kehilangan kata-kata.
DI SEBUAH KAMPUNG
“KAN aku dah kata, ustaz tu memang ada hati dengan kau? Kenapalah kau susah sangat nak faham?” Najwa memandang Laila. Wajah rakan baiknya itu gelisah.
“Kau ni... nak masuk sejuta kali aku cakap! Ustaz nak aku terima dia sebab dia takut kalau daddy dia carikan wanita yang tak sepadan dengan dia! Tak menepati citarasa dia!” Laila masih teringat lagi kata-kata Ustaznya ketika dia mahu keluar dari bilik guru.
“Walaupun saya tak sayang awak, tapi sekurang-kurangnya saya tahu perangai awak. Sekurang-kurangnya saya dah kenal awak walaupun tak sampai setahun. Kalau daddy saya carikan perempuan yang entah apa-apa, nayalah saya! Mana tahu, dia sengaja nak kikis harta keluarga saya ke, kan?”
“Takkanlah wanita bertudung berperangai macam tu? Mustahillah!” Iskandar menggelengkan kepala.
“Orang zaman sekarang ni... kulit je sama coklat. Hatinya... ada yang merah... ada yang biru, ada yang hitam, ada yang pink... macam-macam warna!”
Laila menggeleng. “Ustaz ni entah apa-apa entah! Bukan kulitlah... tapi rambut yang sama hitam!” Laila membetulkan peribahasa. Suka-suki suku mak dia je nak tukar-tukar peribahasa.
“Tak semua orang rambut sama hitam. Orang tua bila dah beruban... putih jugak rambutnya! Orang putih... contoh macam saya nie... ada perang-perang sikit rambut saya. Ada jugak rambut yang berkarat. Mungkin air paip kat rumah dia berkeladak agaknya!” Iskandar tetap tidak mahu mengalah. Malas mahu melayan Iskandar, Laila menapak keluar dengan laju.
PERHENTIAN MUADZAM, PAHANG
SEMENTARA menunggu pesanannya sampai, Iskandar mencongak mengatur perjalanannya.
Dalam 9 malam, sampailah aku ke Kelantan. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan tiba. Iskandar mula makan dengan teratur. Sambil makan, dia berfikir tentang dirinya.
Kenapalah daddy ragu-ragu sangat dengan Sandra tue. Dia taklah sejahat manapun. Cuma cara pemakaian saja. Tapi aku yakin, aku pasti boleh ubah fizikalnya. Selesai menjamah makanannya, Iskandar ke musollah dan membuat solat jamak. Selesai semuanya, dia meneruskan perjalanan. Dia sudah menelefon Tuan Pengetua untuk bercuti dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa.

Subscribe to:
Comments (Atom)